
(Berdiri, dari tujuh kiri) Penguang, Henry dan tetamu lain bergambar bersama para pemenang acara sukan yang memeriahkan Karnival Mini Tasik Meru, hari ini.
LIMBANG: Pendekatan baharu yang diperkenalkan Sarawak ke arah pengeluaran tenaga hijaunya langkah tepat bagi menghadapi kesan perubahan iklim yang berlaku sekarang.
Timbalan Menteri Kesihatan Awam, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Dr Penguang Manggil berkata, pendekatan itu satu komitmen Sarawak terhadap tanggungjawab alam sekitar dan mengurangkan pelepasan karbon.
Jelasnya, musibah banjir besar yang berlaku di Bintulu, Miri dan Sibu baru-baru ini bukan sahaja berpunca daripada hujan lebat luar biasa yang melanda kawasan berkenaan, tetapi juga akibat perubahan iklim yang melanda dunia.
“Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg memperkenalkan pendekatan tenaga hijau bagi mengurangkan pelepasan karbon ke udara dan perubahan iklim.
“Kita mempunyai peranan untuk menghadapi perubahan iklim ini dan kita berharap dunia juga melakukan perkara yang sama,” ujarnya kepada media pada Karnival Mini Tasik Meru, Persatuan Penduduk Kawasan Batu Danau dengan kerjasama Majlis Daerah Limbang (MDL) di Tasik Meru, Bukid Saraong di sini, hari ini.
Turut hadir ialah Timbalan Residen Marie Cotilla [url=mailto ouise@Rozita]Louise@Rozita[/url] Kulai dan pengerusi pengelola karnival dan Pengerusi Persatuan Penduduk Kawasan Batu Danau Henry Madai.
Penguang berkata lagi, pihak berkuasa tempatan (PBT) di bawah kementeriannya juga memainkan pernaan untuk memastikan banjir kilat di kawasan bandar dapat diatasi termasuk penyelenggaraan parit bagi memastikan parit dan longkang tidak tersumbat.
“PBT memainkan peranan penting dalam penyelenggaraan parit, jalan dan sebagainya tetapi jangan lupa masalah besar adalah perubahan iklim yang berlaku di luar kawalan,” katanya lagi.
Bagi penyakit influenza di Sarawak katanya, orang ramai perlu meningkatkan aspek kebersihan dan menggunakan pelitup muka jika berada di kawasan sesak.
“Mereka yang ingin melawat ke luar negara seperti China, Jepun, Korea dan sebagainya seboleh-bolehnya mendapatkan vaksin influenza,” ujarnya lagi.
|