CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 40273|Reply: 0

[Sarawak] Bangunan baharu pejabat Premier Sarawak dibina atas faktor keselamatan

[Copy link]
Post time 16-2-2025 11:30 PM | Show all posts |Read mode


Abang Johari bercakap pada sidang media di BCCK, hari ini. - Gambar Chimon Upon

KUCHING: Bangunan baharu pejabat Premier Sarawak di Petra Jaya dibina atas faktor keselamatan, kata Premier Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg.

Abang Johari berkata bangunan tersebut adalah untuk tujuan pejabat dan bukannya ‘White House’ seperti di Amerika Syarikat.

“Ia hanya pejabat bukan ‘White House’ sebab bangunan Wisma Bapa Malaysia terlalu mudah diakses.

“Sebab itu kita perlukan pejabat yang lebih selamat kerana semua rahsia kerajaan disimpan di situ,” katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan Perhimpunan Agung Ke-16 Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Sarawak di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK) di sini, hari ini.

Ditanya bila bangunan pejabat baharu ini akan dibuka, Abang Johari berkata ia belum siap lagi, malah belum diberikan nama rasmi.

“Bila dibuka saya tidak tahu dan saya serahkan kepada Setiausaha Kerajaan Sarawak sebab saya sendiri pun belum pernah ke sana,” katanya.

Terletak di hadapan Bulatan Datuk Amar Abang Haji Suleiman bin Haji Taha di Petra Jaya, bangunan pentadbiran baharu ini turut berdekatan dengan bangunan kerajaan yang lain iaitu Wisma Pelita, Wisma Sumber Alam, Wisma SESCO dan Pustaka Negeri Sarawak.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-2-2025 11:39 AM GMT+8 , Processed in 0.039894 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list