CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 40277|Reply: 0

[Sarawak] Seminar berkaitan persaraan, penggunaan KWSP di Miri pada 7 Mac

[Copy link]
Post time 17-2-2025 12:17 AM | Show all posts |Read mode


MIRI: Dewan Perniagaan dan Perindustrian Cina Miri (MCCCI) akan bekerjasama dengan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) Cawangan Miri untuk menganjurkan seminar berkaitan persaraan dan penggunaan KWSP pada 7 Mac (Jumaat), dari jam 9 pagi hingga 11 pagi.

Program bertajuk ‘Menggunakan KWSP Untuk Membina Kehidupan Persaraan Anda’ akan dikendalikan pegawai cawangan Miri dalam bahasa Mandarin dan diadakan di bilik mesyuarat dewan MCCCI di sini.

“Ahli-ahli kami dan pemilik perniagaan tempatan yang berhubungan dengan MCCCI adalah orang ramai yang berbahasa Cina.

“Oleh itu, menyampaikan seminar dalam bahasa Mandarin membolehkan mereka lebih memahami kepentingan perancangan persaraan,” jelas MCCCI dalam satu kenyataan, hari ini.

Seminar itu akan merangkumi topik praktikal seperti penerangan terperinci mengenai simpanan dan pelan pengeluaran KWSP, panduan tentang strategi perancangan persaraan, manfaat caruman KWSP untuk majikan dan pekerja dan pengenalan kepada polisi terkini dan perkhidmatan digital KWSP.

“MCCCI amat mempelawa semua individu yang berminat untuk menyertai seminar ini yang percuma untuk kemasukan. Ia terbuka kepada semua ahli MCCCI, pemilik perniagaan tempatan dan pekerja.

“Melalui pandangan yang dikongsi oleh pakar, peserta akan memperoleh pengetahuan berharga untuk merancang keselamatan persaraan mereka dengan lebih baik dan bersedia untuk masa depan yang stabil dari segi kewangan,” tambah kenyataan itu lagi.

Untuk pendaftaran, pendaftaran boleh dibuat melalui mengisi borang google di https://forms.gle/cXaw5AAmRuN8iCt38. Pendaftaran adalah untuk memastikan tempat duduk mencukupi untuk semua peserta.

Untuk maklumat lanjut, hubungi MCCCI di talian 011-58849832 atau 085-439832.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-2-2025 11:28 AM GMT+8 , Processed in 0.043166 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list