CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 40146|Reply: 0

[Sarawak] Premier akan terus berunding dengan PM mengenai peranan PETROS sebagai pengagregat gas tunggal

[Copy link]
Post time 17-2-2025 12:25 AM | Show all posts |Read mode


Abang Johari bersama yang lain pada Majlis Penangguhan Perhimpunan Agung Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Ke-16 hari ini. - Gambar Roystein Emmor

KUCHING: Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg menegaskan bahawa beliau akan terus berunding dengan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengenai peranan Petroleum Sarawak Berhad (PETROS) sebagai pengagregat gas tunggal di negeri ini.

Beliau menjelaskan bahawa kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi) Datuk Seri Azalina Othman Said, yang menyatakan bahawa Petroliam Nasional Berhad (PETRONAS) telah menerima peranan PETROS dalam pengagihan gas (bukan LNG) di Sarawak, adalah kurang tepat.

“Saya melihat kenyataan itu mungkin kurang tepat, saya nampak kurang tepat. Biarlah saya terus berunding dengan Perdana Menteri,” katanya ketika ditemu bual selepas menyempurnakan penangguhan Perhimpunan Agung Ke-16 PBB di BCCK, sebentar tadi.

Terdahulu dalam ucapan penggulungannya, Abang Johari menegaskan Sarawak mempunyai hak penuh terhadap sumber gasnya berdasarkan undang-undang yang termaktub dalam Perlembagaan Malaysia dan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).

Presiden PBB itu turut menekankan bahawa sebarang aktiviti penggalian minyak dan gas di negeri ini perlu mendapat kelulusan daripada Kerajaan Sarawak terlebih dahulu.

“Sebelum awak korek (minyak dan gas), awak mesti ada sijil daripada negeri. Ini Perlembagaan. PDA (Akta Pembangunan Petroleum) itu adalah subordinat kepada Perlembagaan.

“Perlembagaan adalah tertinggi. Sebab itu saya tetap dengan apa yang disebut dalam Perlembagaan,” katanya.

Menurutnya, hak ke atas tanah, termasuk pelantar benua, adalah di bawah kuasa Sarawak seperti yang termaktub dalam undang-undang.

Justeru kata Abang Johari, sebarang aktiviti berkaitan sumber asli di perairan negeri perlu mendapat persetujuan kerajaan negeri terlebih dahulu.

“Kita tak mahu bergaduh, cuma saya cakap, ikut apa yang ada dalam undang-undang. Gas aggregator memang berada di bawah bidang kuasa negeri sebab tanah di bawah negeri,” tambahnya.

Abang Johari juga menegaskan bahawa Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) akan terus memperjuangkan hak Sarawak dalam MA63 dan memastikan kepentingan negeri dipertahankan dalam perbincangan dengan kerajaan persekutuan.

“Saya tidak akan menyerahkan hak Sarawak begitu sahaja. Saya berpandukan kepada undang-undang. Saya berunding dengan Perdana Menteri dan beliau bersetuju bahawa PETROS menjadi pengagregat gas mengikut undang-undang kita,” katanya.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-2-2025 11:32 AM GMT+8 , Processed in 0.039305 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list