Edited by JoyahMengayah at 27-2-2025 06:59 AM
KUALA LUMPUR: Guru vokal, Datuk Syafinaz Selamat menyuarakan kebimbangan terhadap 'trend' menarik vokal tinggi hingga terpaksa menjerit seperti yang sering dilakukan kebanyakan penyanyi hari ini.
Menurut Syafinaz, keghairahan mereka berbuat demikian semata-mata mahu memuaskan hati peminat boleh menyebabkan seseorang penyanyi berdepan risiko kehilangan suara.
"Sejujurnya, saya sangat takut melihat mereka menyanyi dalam nada tinggi sampai terjerit-jerit.
"Suara adalah aset buat penyanyi dan jika ia rosak atau hilang, memang tak boleh nak cari ganti," katanya ditemui pada sidang media Konsert Classical Treasures yang diadakan, di sini, semalam.
"Saya perhatikan, semakin ramai penonton bersorak dan memberi 'standing ovation', semakin seronok mereka menyanyi hingga memaksa diri untuk menjerit.
"Suara adalah aset buat penyanyi dan jika ia rosak atau hilang, memang tak boleh nak cari ganti," katanya ditemui pada sidang media Konsert Classical Treasures yang diadakan, di sini, semalam.
Konsert berkenaan bakal berlangsung pada 5 April depan bertempat di pentas berprestij, Dewan Filharmonik Petronas (DFP).
Syafinaz mengulas keghairahan finalis Anugerah Juara Lagu (AJL) Ke-39 menarik vokal tinggi secara keterlaluan demi untuk memenangi hati penonton termasuk memburu trofi Vokal Terbaik.
Sebagai pendidik, penyanyi yang popular dengan lagu Ingin Bersamamu itu turut memperbetulkan salah faham orang ramai yang menganggap menyanyi dalam nada tinggi membuatkan seseorang penyanyi nampak lebih bagus dari penyanyi lain.
"Setiap penyanyi ada julat suara tersendiri. Ketinggian nada suara pula berbeza-beza.
"Mungkin tahap ketinggian suara penyanyi A tak sama dengan penyanyi B, tapi kedua-duanya masih boleh menyanyi dalam nada tinggi
"Tak salah menyanyi dalam nada tinggi, tapi kena ada nilai seni...
*Berita Harian
|