Berkongsi mengenai kehidupannya selepas bergelar suami, Syafiq mengakui seronok apatah lagi kini mempunyai isteri yang boleh menyediakan keperluannya di rumah.
“Alhamdulillah, doa baik-baik anda semua yang sentiasa ada dengan saya ini membawa saya dan Mimi ke jenjang pelamin. Tapi saya akui sekarang kami berdua sibuk, nak bercuti pun tak sempat lagi. Insya-Allah lepas raya kami bercuti.
“Kalau nak cakap perubahan terbesar selepas bergelar suami, macam tiada apa sangat sebab tak sampai sebulan lagi cuma seronok setiap hari ada orang hidang nasi di rumah,” katanya.
Syafiq dan Mimi sah bergelar suami isteri dalam satu majlis tertutup yang hanya dihadiri keluarga teman rapat pada 14 Februari lalu.
SUMBER: HibGlam, Rotikaya