CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3800|Reply: 5

Sedar diri budak baru, Rezza Shah elak buat content tak berfaedah

[Copy link]
Post time 28-2-2025 12:26 PM | Show all posts |Read mode


Rezza Shah berpendapat artis baharu sepertinya perlu bijak menggunakan platform media sosial dan bukannya menghasilkan kandungan tidak berfaedah.

Tidak hanya itu, Rezza, 23, juga percaya medium itu juga bukan tempat mempamerkan sikap yang tidak baik seperti tidak menghormati orang lain selain menjaga etika dan profesionalisme dalam berkarya.

"Ada platform macam ini, kita gunakanlah dengan baik. Jangan buat kandungan yang tidak berfaedah.

"Kandungan memetik nama orang itu dan ini... Kena sedar kita ini budak baru dalam industri dan kena hormat orang lebih tua," katanya kepada mStar.

  


Rezza yang juga bekas peserta One In A Million 2024 berkongsi perkara itu ketika ditemui di majlis pelancaran single terbaharunya berjudul Mungkin pada petang Rabu.

Dalam pada itu, Rezza memberitahu sebagai pendatang baharu dia menggunakan media sosial untuk meningkatkan hubungan dengan pengikutnya dalam memperkenalkan muzik dan kariernya sebagai penyanyi.

Dengan menggunakan strategi seperti meletakkan hashtag Indonesia di TikTok, Rezza berjaya menarik perhatian peminat dari negara berkenaan  yang mula menggemari lagu dan lakonannya.

  


“Saya menggunakan media sosial dengan cara yang betul untuk meningkatkan engagement dengan pengikut.

“Dengan strategi meletakkan hashtag Indonesia di TikTok, saya dapat menarik perhatian ramai peminat dari sana yang mengikuti akaun saya.

“Mereka mendengar dan menyukai lagu dan lakonan saya,” ujarnya.

  


Dalam perkembangan lain, Rezza memberitahu single Mungkin memperlihatkan kematangan vokalnya sebagai seorang penyanyi.

Besar harapannya agar pendengar akan menyukai lagu berkenaan dan menyokong kariernya selepas ini.

  


Mungkin adalah ciptaan Rudy Nastia, Ku Yen, Barr Hadif dan Kelana dengan lirik oleh Ku Yen, Jebat Asmara dan Rudy Nastia.

Sumber: mStar

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-3-2025 04:37 PM From the mobile phone | Show all posts
Dia terrrrlalu bajettt bagussss. Kayuuuuu,suara x best. Try hard sooo much. Boring.
Reply

Use magic Report

Post time 1-3-2025 05:44 PM | Show all posts
Tp ko buat kenyataan ...

Penyanyi dan bekas peserta Calpis Soda One In A Million (CSOIAM), Rezza Shah, 23, pelik kenapa dirinya menjadi mangsa tidak disenangi ramai orang hanya kerana paras rupanya menarik.

Sedikit mendongak langit di situ.
Reply

Use magic Report

Post time 1-3-2025 07:28 PM From the mobile phone | Show all posts
Bagus lah berfikiran macam tu.
Jangan diikut pelakon ,penyanyi,duta terhebat masa kini,umur dah tua, dah ada anak pun still buat konten geli2 dgn perempuan.
Jijikkk ya

Reply

Use magic Report

Post time 1-3-2025 11:37 PM From the mobile phone | Show all posts
Gatal mata ke tu? Posing semua mcm tenyeh biji mata
Reply

Use magic Report

Post time 2-3-2025 03:20 AM From the mobile phone | Show all posts
Kalau tinggi sikit pasti herlokk
Reply

Use magic Report

Follow Us
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-3-2025 02:29 PM GMT+8 , Processed in 1.606745 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list