CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 27170|Reply: 1

Impak Positif Buat Harimau Malay Andai Arif Aiman Sertai Kelab Korea Selatan

[Copy link]
Post time 3-3-2025 06:18 PM | Show all posts |Read mode

PELUANG untuk pemain Johor Darul Ta'zim (JDT), Arif Aiman Hanapi berkelana ke luar negara sekali lagi terbuka apabila laporan mengatakan kelab Korea Selatan, Jeonbuk Hyundai Motors terbuka untuk menandatanganinya.

Khabar angin bertebaran di media sosial tersebut membuatkan ramai mendesak supaya pemain berusia 22 tahun berkenaan menyambar peluang yang jarang diterimanya itu.

Ini kerana gaya permainan yang lebih kompetitif di negara Asia Timur itu dapat menjadikannya bintang lebih bersinar meskipun dia kerap beraksi di pentas Liga Juara-Juara AFC (ACL) Elite sejak bertahun-tahun lalu.

Bagaimanapun, ada pula berpandangan sebaliknya dengan mengatakan Arif Aiman lebih sesuai kekal dalam skuad Harimau Selatan yang sudah berjaya mencungkil bakatnya.

Mereka turut beranggapan produk Akademi Mokhtar Dahari (AMD) itu di kelab Selatan tanah air berkenaan dapat mengembangkan lagi kebolehannya seperti mana dapat disaksikan musim ini.

Berdasarkan hujah diberikan di media sosial, kedua-dua pilihan tersebut mampu memberi kelebihan buat pemain sayap tersebut yang pasti sukar untuk membuat keputusan.

Namun, bagi pemerhati bola sepak tempatan, Prof Madya Zulakbal Abd Karim, penghijrahannya ke Korea Selatan dapat memberi pendedahan terhadap arena bola sepak di tahap berbeza yang akhirnya boleh memberi manfaat terhadap pasukan negara.

"Ya, kita memang tahu bahawa liga di sana lebih kompetitif dengan ia dicerminkan menerusi kejayaan negara itu layak ke Piala Dunia bagi hampir edisi. Berbanding dengan kita, bukan sahaja layak, pusingan kelayakan pun ditunjukkan jalan keluar awal.

"Jadi, saya percaya Arif Aiman boleh ambil peluang ini dan dapatlah dia menimba pengalaman di sana. Tetapi, jika dia ditawar kontrak tetapi hanya berada di bangku simpanan, tidak bagus juga.

"Ini kerana kita semua percaya bahawa salah satu cara Harimau Malaya menggunakan bakat tempatan dan layak ke Piala Dunia atau menang Piala Asia adalah apabila pemain kita bermain di kelab lebih baik," katanya kepada Majoriti.

Sebelum ini, terdapat barisan pemain tempatan yang memilih untuk menimba pengalaman di luar negara ketika masih muda, namun gagal bersinar selepas kurang meraih minit permainan kompetitif.

Ini termasuk Hadi Fayyadh Abdul Razak dan Wan Zack Haikal yang berkelana ke Jepun dengan hasil daripada perpindahan itu tidak dapat disaksikan seperti mana diharapkan.

Jadi, sekiranya Arif Aiman dapat menyertai Jeonbuk Hyundai Motors, ramai berharap tonggak JDT itu menghasilkan kisah sebaliknya dengan menempa nama di pentas Asia.

Jelas Zulakbal yang merupakan pensyarah di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), harapan diletakkan supaya lebih ramai pemain tempatan dapat berkelana ke luar negara sekiranya Arif Aiman dapat berbuat demikian.

"Saya harap jika dia benar-benar dapat mewakili kelab di Korea Selatan, ia akan membuka ruang buat pemain-pemain kita mendapat pengalaman beraksi dalam liga yang lebih berkualiti.

"Jadi, satu hari nanti, Harimau Malaya akan dipandang tinggi dan insya-ALLAH kita dapat layak ke Piala Dunia menggunakan bakat tempatan dengan langkah awal diambil Arif Aiman," katanya. — Majoriti

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-3-2025 06:38 PM | Show all posts

Buying original JCB spare parts: is it worth it?

I recently searched for high-quality spare parts for its JCB equipment and was pleasantly surprised by the number of available options. I found several stores that offer original components, and, frankly, this is a huge plus for long-term operation. If someone is also considering buying spare parts, I recommend paying attention to this choice – good quality is really worth the money. I hope that everything will get better with the equipment!
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-3-2025 12:57 AM GMT+8 , Processed in 0.223526 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list