CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3112|Reply: 14

sesuatu yg menarik utk d dengar....dengar kn....

[Copy link]
Post time 3-5-2011 04:33 PM | Show all posts |Read mode
jgn takottt...bukan suare antu






link : http://www.youtube.com/watch?v=UYtb-NjXm_g&feature=related =)
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-5-2011 05:34 PM | Show all posts
ceramah yg bagus
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-5-2011 05:45 PM | Show all posts
ceramah yg bagus
pinktriangle Post at 3-5-2011 17:34


ya, ada input d situ
Reply

Use magic Report

Post time 3-5-2011 07:06 PM | Show all posts
Post Last Edit by SangPertala at 3-5-2011 19:07

Salam Bro cozack, tumpang tepek pengertian Qorin Dan Jin sebagai pendamping manusia. Harap2 pencerahan ini berguna...


Qarin adalah jin yang dicipta oleh Allah sebagai pendamping atau kembar kepada setiap insan yang dilahirkan (manusia). Dia dikatakan sebagai “syaitan” kepada manusia itu. Setiap manusia yang dilahirkan ke dunia ini pasti ada qarin nya sendiri. Rasulullah s.a.w. tidak terkecuali. Cuma bezanya, qarin Rasulullah adalah muslim. Manakala yang lain-lainnya adalah kafir. Pada umumnya qarin kafir ini mendorong “dampingan”nya membuat kejahatan. Dia membisikkan was-was, melalaikan ibadah seperti solat, membaca al-Quran dan sebagainya. Malah ia bekerja sekuat tenaga untuk menghalang manusia dampingannya melakukan ibadah dan kebaikan.


Untuk mengimbangi usaha qarin ini Allah utuskan malaikat (Maha Adil Allah). Malaikat ini akan membisikkan hal-hal kebenaran dan mengajak membuat kebaikan. Maka terpulanglah kepada setiap manusia membuat pilihan.


Walau bagaimanapun orang2 Islam mampu menguasai dan menjadikan pengaruh qarinnya lemah tidak berdaya.


Caranya ialah dengan membaca “Bismillahir Rahmanir Rahim” (basmalah) sebelum melakukan sebarang pekerjaan, banyak berzikir, membaca al-Quran, melakukan kebaikan dan taat melaksanakan perintah Allah. Secara tidak langsung manusia itu akan meninggalkan nafsu syahwat dan sifat-sifat tercela. Membersihkan dirinya bersesuaian dengan martabat malaikat tersebut.


Pernah satu ketika dulu para ‘ustaz” pendakwah menceritakan bahawa apabila kita makan berserta Bismillah…. syaitan akan kelaparan dan kurus tetapi jika sebaliknya ia semakin gemuk. Pada awalnya memang mengelirukan dan sukar difahami bagaimana syaitan itu boleh kurus kerana bukan kita seorang sahaja manusia di muka bumi ini. Bukan semuanya baca basmalah bila hendak makan dan minum. Setelah dibangkitkan soal qarin ini baharulah kita faham kedudukan sebenarnya. Syaitan yang dimaksudkan ialah jin qarin ini (sifatnya berlawanan dengan sifat malaikat – sebab itu disebut syaitan) dan ia khusus untuk setiap individu.


Sabda Rasulullah s.a.w. daripada Abdullah Mas’ud r.a. maksudnya: “Setiap kamu ada Qarin daripada bangsa jin, dan juga Qarin daripada bangsa malaikat. Mereka bertanya: “Engkau juga ya Rasulullah.” Sabdanya: “Ya aku juga ada, tetapi Allah telah membantu aku sehingga Qarin itu dapat kuislamkan dan hanya menyuruh aku dalam hal kebajikan sahaja.” (Riwayat Ahmad dan Muslim)


Kewujudan qarin ialah untuk menggoda manusia, menampakkan hal-hal yang buruk dan hal-hal yang jahat-jahat seolah-olah baik pada anggapan manusia, lalu akhirnya manusia terpengaruh atau terpesong.


Dalam surah al-An’am: 112 terdapat firman Allah: “Dan demikianlah kami jadikan bagi setiap nabi itu musuh dari jenis manusia dan jin, sebahagian daripada mereka membisikkan kepada yang lain perkataan yang indah-indah untuk menipu”.


Ath-Thabarani mengisahkan riwayat dari Syuraik bin Thariq. Ia berkata, Rasululloh Shallallahu ‘Alaihi Wa Sallam bersabda, yang artinya: “Tidak ada seseorang di antara kalian melainkan ada baginya seorang syaitan.” Mereka bertanya, “Juga bagimu, ya Rasulullah?” “Ya, juga bagiku, tetapi Allah melindungiku sehingga aku selamat .”(HR. Ibnu Hibban)


Jin ini, menurut para alim ulama’, bukanlah dari kalangan jin yang biasa. Jin ini tugasnya hanya untuk menyesatkan ‘tuan’nya, yang didampingi dari awal kelahiran hingga kematian manusia tersebut. Ada juga qaul yang menyatakan bahawa jin ini dilahirkan bersama-sama kita, akan tetapi ianya tidak mati apabila kita meninggal dunia kerana hayat mereka dipanjangkan Allah, dan mereka hanya dimatikan menjelang hari Qiamat.


Ketika manusia mati sama ada dalam keadaan beriman kepada Allah atau mati dalam keadaan murtad, syirik atau kufur hasil daripada tipu helah iblis dan syaitan yang sentiasa berada di samping manusia, menemani manusia ke mana dia pergi, ataupun mati dalam Islam tetapi bergelumang dalam maksiat.


Qarin akan berpisah dengan “kembar”nya apabila manusia meninggal dunia. Roh manusia akan ditempatkan di alam barzakh, sedangkan qarin terus hidup kerana lazimnya umur jin adalah panjang. Walau bagaimanapun, apabila tiba hari akhirat nanti maka kedua-duanya akan dihadapkan ke hadapan Allah untuk diadili.

Tetapi qarin akan berlepas tangan dan tidak bertanggungjawab atas kesesatan atau kederhakaan manusia.




Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-5-2011 12:20 AM | Show all posts
Salam Bro cozack, tumpang tepek pengertian Qorin Dan Jin sebagai pendamping manusia. Harap2 pencerah ...
SangPertala Post at 3-5-2011 19:06


ya, sgt berguna..boley tau x mana dpt info yg menarik ni...or dgr dari guru? or saudara ni gelaran nya guru



ya betol qorin itu sntiasa ade di stiap manusia, baginda pon begitu juga, cuma baginda islam kn qorin itu sendiri. dan qorin itu seolah2 klon diri kita sejak kte lahir ke dunia ni, maka baik nya diri dan amaln seseorg bertentang dgn qorin itu. dan, sebelum ni aq pernah dgr kata kn yg ade owg pandai2 dia bley tengok diri seseorg tu camne melalui qorin d sisi nya...nak cari ilmu ni yg payah ni..hehhe
Reply

Use magic Report

Post time 4-5-2011 05:31 AM | Show all posts
Pernah dgr bahawa qarin yg dikatakan sbg  'syaitan' kpd manusia tersebut bernama Ajma'un & yg malaikat itu bernama Mulhim
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 4-5-2011 11:27 AM | Show all posts
ya, sgt berguna..boley tau x mana dpt info yg menarik ni...or dgr dari guru? or saudara ni gelar ...
cozack Post at 4-5-2011 00:20



    salam tuan cozack...

Saya pernah diberitahu hal yg demikian oleh org yg bertaraf guru. Dan tambahan kepada huraiannye nt akan sy cuba selitkan di benang ini.

Insyaallah mlm atau lewat ptg baru sy selitkn lg.... Saya bukan sesiapa...bukan guru.....cuma sekadar suka 'berkongsi'....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-5-2011 12:49 PM | Show all posts
salam tuan cozack...

Saya pernah diberitahu hal yg demikian oleh org yg bertaraf guru.  ...
SangPertala Post at 4-5-2011 11:27


trima kasih tuan =)
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-5-2011 12:55 PM | Show all posts
satu tajuk yg bagus utk dibaca.....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-5-2011 12:59 PM | Show all posts
Pernah dgr bahawa qarin yg dikatakan sbg  'syaitan' kpd manusia tersebut bernama Ajma'un & yg malaikat itu bernama Mulhim
immortallez Post at 4-5-2011 05:31


yg ku tahu d setiap manusia itu ada beribu malaikat d sisi nya...yg mjaga itu ini..
   
malaikat mulhim? faham nya d mana? dan bagaimana?..
Reply

Use magic Report

Post time 4-5-2011 01:15 PM | Show all posts
Alam Malaikat bukan mudah dipahami kerna bersangkutan dgn tingkat keilmuan dan 'qadar Aqli' yg ditetapkan Allah dr loh mahfuz. Jika memahami secara lahir tetapi tidak mengenali dgn cara menerobos masuk ke alam zikrullah yg dipimpin Mursyidul, bimbang nt menghasilkn pemahaman 'bersangka sangka'.. Itu bersalahan sama sekali...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-5-2011 01:18 PM | Show all posts
Reply 11# SangPertala

tunjukkan ku jalan nya? guru nya?
Reply

Use magic Report

Post time 4-5-2011 01:36 PM | Show all posts
Reply 12# cozack


    Da bc PM...?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-5-2011 01:37 PM | Show all posts
Reply 13# SangPertala

ok
Reply

Use magic Report

Post time 4-5-2011 10:55 PM | Show all posts
Allah Menguasai tujuh pertala langit, tujuh pertala bumi dan barang antara keduanya.

Langit disini adalah tamsil barang yang tiada dapat ditangkap oleh khawas yang lima,

yakni semata2 khabar bagi bathin yang hanya dapat disaksikan dgn Nur Iman.

Bumi adalah tamsil segala barang yg zahir yang merupakan khabar yang hanya boleh

ditangkap dengan khawas yang lima.


Barang yang diantara langit dan bumi adalah tamsil khabar yg merupakan jalan kasyaf

bagi manusia yang sering disebut2 alam ghaib tetapi bersandar pada khabar yang

zahir. Misalnya: merasakan sedikit dari rasa manusia yang lain dari dirinya, mengetahui

fikiran makhluq bernyawa yg lain dari dirinya.

Adapun yang termasuk khabar (tamsil) dalam golongan barang yang dilangit ada

empat jenis:

1-Arasy.
2-Malaikat/Syaitan.
3-Ruh/Jin.
4-Syorga/Neraka.


Yang bathin inilah Hakikat dirimu, inilah yang dibangsakan Jin. Lihatlah betapa

ramainya dirimu berkata2 ketika diam dan merenung, tidak nampak oleh mata tidak

terdengar ditelinga tapi nyata adanya menunjukan nyata Zat Yang Menjadikannya.

Maka engkau kini faham apa itu Jin dan apa itu manusia, jangan lagi tertipu oleh orang

yang menipu dirinya karena nafsu yang kotor, seperti dukun dan paranormal.


Tidak Allah jadikan Jin dan Manusia melainkan untuk mengabdi kepadaNya. Jin (qorin) adalah

hakikat dirimu yang bathin, tidak akan pernah mati sebab Allah mengekalkannya.

Manusia adalah tubuhmu yang zahir, akan ditinggalkan ketika mati. Maka keadaan itu

hanya ada di dunia saja.


Maka engkau kini sudah dapat mengetahui alam jin setakat ilmu al yaqin, jika engkau

berguru maka engkau akan dibimbing secara bathin selama engkau mengekalkan

amalan talqin zikir yang diberikan gurumu sehingga engkau sampai pada ainal yaqin,

yakni nyata.




Segala kejadian pada tubuhmu sudah diqadarkan dari awal hingga akhir kejadianmu

dan dituliskan didalam Kitab Yang Nyata, yakni Lauh Mahfud tidak dapat dirubah2.

Tetapi rasa, penerimaan dan penyaksianmu dipertaruhkan padamu. Inilah yang

menentukan baik atau buruk nasibmu!
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-2-2025 04:48 AM GMT+8 , Processed in 0.209825 second(s), 28 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list