CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3853|Reply: 0

FA pertahankan bola yang digunakan dalam perlawanan, mengikut piawai FIFA

[Copy link]
Post time 5-3-2025 11:58 AM | Show all posts |Read mode


Guardiola (tengah) berbicara sesuatu kepada anak buahnya pada perlawanan Piala FA di antara Manchester City dan Plymouth Argyle di Stadium Etihad di Manchester, England, baru-baru ini. — Gambar AFP

LONDON: Persatuan Bola Sepak (FA) telah mempertahankan bola yang digunakan dalam perlawanan Piala FA musim ini selepas pengurus Manchester City, Pep Guardiola berkata ia "sukar untuk dikawal".

Guardiola membandingkan bola itu dengan bola yang digunakan dalam Liga Perdana dan Liga Juara-Juara selepas kemenangan 3-1 pasukannya pada pusingan kelima ke atas Plymouth pada Sabtu, berkata ia “tidak sesuai”.

Awal musim ini, pengurus Arsenal, Mikel Arteta diejek selepas mengkritik bola Puma yang digunakan dalam Piala Liga.

The Gunners tewas pada separuh akhir menentang Newcastle dengan agregat 0-4.

Persatuan Bola Sepak berkata bola yang digunakan dalam Piala FA telah “lulus semua ujian yang diperlukan”.

“Bola Ultimax Pro Mitre, digunakan dalam Piala FA Emirates dan semua pertandingan FA yang lain, telah diuji mengikut piawai FIFA,” kata jurucakap FA.

“Semua bola sepak dalam permainan profesional dikehendaki memenuhi pentauliahan pro Kualiti FIFA, dan bola ini memenuhi semua keperluan ujian.

“Selain Mitre, kami faham bahawa pilihan adalah subjektif, tetapi kami yakin bahawa bola menepati piawai yang baik. Dengan lebih 350 gol yang dijaringkan dalam pertandingan kalah mati setakat ini, ia memberikan elemen menarik kepada kejohanan kompetitif seperti itu.”

Guardiola berkata, selepas kemenangan pasukannya menentang pasukan divisyen kedua Kejuaraan, Plymouth: “Bola tidak sesuai, saya minta maaf. Selama bertahun-tahun, ia berlaku dalam Piala FA atau Piala Carabao (Liga).

“Saya tahu ia satu perniagaan dan mereka mencapai persetujuan, tetapi bola tidak (menepati). Kamu tahukah berapa banyak pukulan melepasi tiang? Bukan hanya Erling (Haaland), lihat perlawanan lain.”

Tiga gol City pada hujung minggu diperolehi daripada 29 cubaan, selepas sembilan daripadanya menepati sasaran.

Dalam perlawanan Liga Perdana terbaru mereka, kemenangan 1-0 di Tottenham, mereka melakukan 12 pukulan, lima daripadanya tepat pada sasaran.

“Bola Liga Juara-Juara luar biasa, (bola) Liga Perdana luar biasa tetapi yang ini tidak bagus,” kata Guardiola.

Bola Adidas digunakan dalam Liga Juara-Juara, dengan bola Nike digunakan dalam Liga Perdana.

City, yang menewaskan finalis Piala FA musim lalu, telah diundi untuk menentang Bournemouth di suku akhir.


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-3-2025 12:44 AM GMT+8 , Processed in 0.033064 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list