View: 14365|Reply: 85
|
[PERBINCANGAN] Aktiviti sekitar Melaka
[Copy link]
|
|
Rakyat tidak dimaklum tarif air naik>>> Tahniah BN
MELAKA, 20 April: Kenaikan tarif air yang berkuasa pada 1 April lalu amat membebankan rakyat.
Lebih malang lagi pihak Syarikat Air Melaka Berhad (SAMB) tidak membuat pengumuman khusus tentang kenaikan tarif air ini menyebabkan ramai yang terkejut dengan kenaikan mendadak bil air mereka terutama kepada keluarga besar.
Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Melaka, Ustaz Kamaruddin Sidek berkata tindakan pihak berkenaan tidak mengumumkan kenaikan tarif air tersebut adalah untuk mengelakkan protes rakyat.
Kamaruddin berkata tindakan ini tidak konsisten dengan kritikan kerajaan negeri Melaka yang pernah mengkritik kenaikan tarif air di Selangor dan Kedah suatu ketika dahulu.
"Tindakan menaikkan tarif air ini ada kaitan dengan tindakan kerajaan negeri yang suka membazir, bila duit dah habis rakyat dibebankan dengan kenaikan tarif untuk menampung kekurangan dana ini," ujar Kamaruddin.
Beberapa orang pengguna yang ditemui juga kesal dengan tindakan kerajaan negeri dan SAMB yang menaikkan tarif air sesuka hati.
Mat Zain Pakeh, 45 dari Bukit Baru berkata tindakan kerajaan negeri Melaka ini amat membebankan rakyat terutama mereka yang berpendapatan rendah dan mempunyai keluarga ramai.
"Tindakan kerajaan negeri dan SAMB yang tidak prihatin terhadap masalah dan penderitaan rakyat amat dikesali. Kenaikannya bukannya sedikit tetapi melibatkan jumlah yang besar terutama pengguna yang mempunyai keluarga yang ramai dan berpendapatan rendah.
"Sebagai contoh sebuah keluarga saya sebelum ini purata bilnya tidak melebihi RM35 lebih tetapi dengan tarif baru ini bilnya mencecah hampir RM50 walaupun kadar penggunaannya lebih kurang sama sahaja.
"Kerajaan negeri dan SAMB jelas tidak berhati perut menyeksa rakyat dengan kenaikan tarif ini. Sudahlah kita terhimpit dengan harga barangan yang semakin meningkat kini harga air meningkat pula," kata Mat Zain.
"Selepas ini sudah tentu harga barangan di Melaka ini akan turut meningkat terutama barang yang dikeluarkan di Melaka yang menggunakan air yang tarifnya sudah naik," tambah beliau dengan kesal.
Yani Semail, 44 dari Bukit Pulau pula mempertikaikan tindakan menaikkan tarif air ini dengan slogan BN rakyat didahulukan.
"Mana perginya slogan rakyat didahulukan jika rakyat seringkali menjadi mangsa kerajaan, bila syarikat rugi, duit habis diboroskan rakyat dikenakan dahulu dengan menaian tarif air dan sebagaiya.
"Rakyat mesti bangkit menolak kerajaan BN yang terbukti tidak prihatin kepada masalah rakyat yang sekarang ini pun sudah susah dengan kenaikan harga barang, lepas ini kita semua kena gali telaga untuk mendapatkan air yang percuma," kata Yani dengan sinis.
SAMB bertindak menaikkan tarif air pada 1 April lalu tanpa membuat pengumuman rasmi. Kenaikan itu melibatkan penstrukturan semula kadar air di mana ianya dilihat amat membebankan rakyat.
Semakan wakil Harakahdaily dalam laman web SAMB juga mendapati kadar yang dicatatkan di dalam laman tersebut masih kadar lama yang dikemaskini pada 8 September 2009.
Kadar lama ialah 55 sen bagi setiap meter padu untuk 1-15 meter padu pertama, 85 sen bagi setiap meter padu untuk 15.1 - 40 meter padu berikutnya dan RM1.33 sen untuk setiap meter padu berikutnya.
Kadar baru pula ialah 55 sen bagi setiap meter padu untuk 15 meter padu pertama, 85 sen bagi setiap meter padu untuk 15.1 - 30 meter padu berikutnya, 0.95 sen bagi setiap meter padu untuk 30.1 - 35 meter padu berikutnya dan RM1.45 sen bagi setiap meter padu berikutnya.SUMBER
|
|
|
|
|
|
|
|
MELAKA, 20 April: Kenaikan tarif air yang berkuasa pada 1 April lalu amat membebankan rakyat.
Leb ...
B.K Post at 9-5-2011 22:03
teman pun x sedar sampai ke sudah bahawa tarif air di melaka sudah naik |
|
|
|
|
|
|
|
teman pun x sedar sampai ke sudah bahawa tarif air di melaka sudah naik
koboi Post at 10-5-2011 13:58
samalah teman pun xthu... |
|
|
|
|
|
|
|
melaka dh naik.. negeri lain biler pula?????? |
|
|
|
|
|
|
|
dapat bil baru tau, sbb selalu dlm 30+..ini sampai 50++...tu yg pelik....:@ |
|
|
|
|
|
|
|
mak oiii...senyap2 eh...sabr jelah..patutlah slalu dpt bil 6.50 skrg naik ke 8 hengget....aiyooo...sbr jelah..klu famili ramai cmnalah agaknya.... |
|
|
|
|
|
|
|
Meh upkan balik thread ni..
HOMEDEX 2011
pameran perabot terbesar
@ MITC
2-5 jun 2011
11pg-10mlm.... |
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by lyailya at 12-5-2011 10:05
Jualan gudang parkson
@ melaka mall
starts 26/5/2011-5/6/2011 |
|
|
|
|
|
|
|
tq,update..sng skit nk pg...
karnival pendidikan ari tu aku ade join |
|
|
|
|
|
|
|
no prob..kite share sesame..at least leh dpt info yg mne kite x pasan... |
|
|
|
|
|
|
|
Karnival Jom Gempau
25/05 - 29/02/011
Perkarangan Stadium Hang Jebat |
|
|
|
|
|
|
|
Pikom PC fair @ MITC
3-5 jun 2011 |
|
|
|
|
|
|
|
Relay for Life 2011 Melaka
Tarikh: 4-Jun-2011 - 5-Jun-2011
Lokasi: Tun Fatimah Stadium
Relay for Life 2011 Melaka-kutipan derma kesedaran barah@Tun Fatimah Std, Bkt Serindit 4-5Jun!Penganjur Melaka Cancer Soc & National Cancer Soc dr 6ptg 4Jun-10pg 5Jun.Aktiviti berasaskan kuminiti & keluarga 16jam-persembahan pentas,camping,makan,permainan dll.Dibuka kpd semua.Daftar RM15/org.Tshirt percuma.Budak Bwh 12thn masuk percuma.06-2830988
http://ads.era.fm/oap/infozone_v ... p;bt=&m=&y= |
|
|
|
|
|
|
|
Madam King's
Melaka, Melaka. |
|
|
|
|
|
|
|
Melaka IT Fair
27-29 Mei 2011
@ hatten square |
|
|
|
|
|
|
|
kat area melaka taming sari ada expo..
tak tau berkenaan apa.. |
|
|
|
|
|
|
|
Karnival Upin & Ipin di Melaka Wonderland + Konsert Sahabat Selamanya
@Melaka Wonderland (28 & 29 Mei 2011) |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|