saya tak tahu kenapa sejak 2 hari lepas lagi telinga saya bunyi berdesing, hingga ke hari ini masih lagi terasa bunyi berdesing tu.
ada forums sebelah cakap
yerlah..
aku pun...nenek aku pernah cerita.
kalo telinga kita rasa macam dengung gitu.
maknanya...ader orang nak mati.
kalo tak jiran kita atas dunia...jiran kita di alam roh nun.
pening juga kepala aku dok mikir pasal citer nenek aku tue.
last-last..aku buat tak tahu ajerlah.
kau selalu korek telinga tak?try la check doktor. Korek telinga everyday pun tak elok. Kita mcm menolak benda2 tu ke dalam,and smtimes bleh block. Try check
telinga berdesing ada banyak kemungkinan, ranging from jangkitan, pengambilan ubat, etc etc etc.. nak list kan kat sini aku tak larat.. so better gi check supaya doctor boleh test dan teropong telinga tu dgn alat2 yg sesuai.. hopefully semuanya ok ya..
boleh dirawat ker tinitus ni?
JohnDeSouza Post at 18-5-2011 18:20
tinnitus kalau disebabkan tahi telinga or otitis media (mslh telinga tengah) memang boleh dirawat
tapi kalau disebabkan masalah organ telinga (cochlea) atau saraf, memang tak leh rawat, tapi ada treatment yang boleh mengurangkan kesan tinnitus tehadap aktiviti seharian
cth, avoid silence sebab selalunya bila environment terlalu sunyi, tinnitus akan jd lebih kuat
ada gak alat2 yang bleh bantu cover bunyi tinnitus mcm tinnitus masker... gitew la...huhu
saya dah cuba makan 2 plastik kuaci, tak mujarab pulak pada saya. Saya baru balik dari klinik pakar ENT, dah buat xray, check hidung, tekak, telinga dan buat test bunyi...alhamdulillah, semuanya ok. Isnin kena ambik ubat di klinik panel saya, tak tau lagi ubat bentuk apa..doktor kata kalau tak hilang juga bunyi tu, saya kena pergi lagi jumpa dia...sekarang ni saya cuba control sendiri bunyi-bunyian ni...tension sungguh. Dan saya dah buat temujanji dengan Dr Nik Omar (pakar homeopaty) untuk rawatan akupuntur...
Dr Nik Omar ni kat mana?
MsAjai Post at 29-10-2011 23:18
Ni alamat dia. Boleh call dia dulu. Sebab saya baru call dia dan dia suruh buat rawatan ni dengan dia sendiri. Tapi sekarang ni dia kat seremban. Lepas tu dia balik Kelantan sebab hari raya haji. Dia kata kalau nak ikut dia buat rawatan kat kelantan pun boleh tapi jauh lah pulak. Jadi dia suruh saya tunggu dia balik lepas raya haji.. Pusat Perubatan Homeopathy Dr Nik Omar
bunyi berdesing tu bunyi cmne?
ada contoh ttk?
batmana Post at 30-10-2011 16:51
Saya tak tau lah orang lain tapi bunyi berdesing dalam telinga saya tu macam bunyi tv yang dah habis siaran. Tak kuat tapi sentiasa ada, halus je. Kalau waktu pagi masa nak solat tu saya boleh dengar la..ataupun kalau saya duduk tempat sunyi, saya akan dengar bunyi tu......Masa nak tidur pun tak senang. Alhamdulillah, masih boleh lena buat masa ni. Sekarang ni saya makan suplemen Gingko yang saya ambil di klinik.
Ada ubatnya..InsyaAllah. Kita kena yakin setiap penyakit tu ada ubatnya kecuali maut. Saya dah pergi tadi kt Jln Raja Laut bawa anak saya untuk rawatan bisul. Dah sampai sana saya terus buat rawatan sekali untuk telinga saya ni. Saya cuma ambil ubat dulu sebab kalau boleh saya nak buat rawatan akupuntur dengan Dr Nik sendiri (sebab dah telefon Dr nik hari tu buat temujanji). Yang dekat Jln Raja Laut tu Dr Faridah, isteri Dr. Nik. Baik orgnya. Dr Faridah pun boleh buat rawatan akupuntur. Saya dapat 2 jenis ubat dan saya kena pantang dari makan daging, ayam. Kena makan ikan, sayur, buah2, ulam dan minum banyak air. Amalkan baca ayat kursi dan berdoa banyak2 supaya penyakit kita sembuh.
aku nk share la kan...kata orang tua2..kalau telinga berdesing tu ada benda tak elok lalu atau menyinggah...elokla dr perubatan moden,ko try pulak ty ustaz..biasanya ustaz akan baca2 dan sapu kat telinga,bagi air minum dan sebagainya.try ar ye.
kalau yang berdesing sekejap2 tu mungkinlah kot ada benda tak elok menyinggah tapi ini berdesing 24 jam tak berhenti. Keadaan ini dipanggil Tinnitus. Sebenarnya ramai yang kena penyakit ini. Saya sendiri pun sekarang ni minum air penawar dari ustaz. Ubat titis homeopati yang saya dapat tu saya titiskan dalam air zam-zam untuk diminum. Sebelum ni saya makan gingko yang klinik ENT bagi tapi makin teruk berdesing telinga saya. Bila saya search dalam internet berkaitan pengalaman patient yang kena tinnitus ambil gingko, semuanya kata makin teruk. Tak ade sorang pun yang bagi jawapan positif. Jadi saya stop setelah saya ambil 2 biji gingko.