CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 25403|Reply: 26

produk cocoa collagen

[Copy link]
Post time 19-5-2011 12:45 PM | Show all posts |Read mode
ape kelebihan produk cocoa collagen ni?
ade sape2 yg pernah mencube tak...
share la pngalaman uols kt sni...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-6-2011 01:05 AM | Show all posts
ok sangat.... tumit kulit kaki tak pecah lagi.. pastu rasa muka glowing2 sikit.. tak cepat letih... hbgn suami isteri pun terpelihara... struktur kulit nampak gebu je... baru mkn 3 kotak..

rasa sedap, tp panas skit kena minum air byk... menyusu badan still maintain sbb bby baru nak masuk 7 bln ok ja minum tp campur susu botol la... pastu dpt tegangkan yg mana patut...

cuma pantangnye waktu period dan ngandung jgn makan... byk lg kelebihannya tp bergantung pada badan msg2...



(daripada wife ALT-F4)
Reply

Use magic Report

Post time 20-6-2011 09:59 PM | Show all posts
kat petua kecantikan dan fesyen berlambak citer pasal benda nie!...gi jenguk sat
Reply

Use magic Report

Post time 21-6-2011 02:05 PM | Show all posts
Reply 1# lavenderose


    rasa cam pengantin baru.. ketat je~ hubungan suami isteri lebih baik
kulit rasa lain dan gebu~
Reply

Use magic Report

Post time 30-6-2011 11:59 AM | Show all posts
Reply 2# Alt-F4


kenapa sy minum cm nak makan je..dan rasa badan bertambah naik le
Reply

Use magic Report

Post time 8-7-2011 04:21 PM | Show all posts
kawan saya owner salun kecantikan..dia cakap berkesan tapi badan boleh naik dan naik
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 9-7-2011 09:54 AM | Show all posts
btol ke org kate collagen leh menggemukkan...
terbantut rase nak mencube...
Reply

Use magic Report

Post time 27-9-2011 08:07 AM | Show all posts
sy minum produk cocoa collagen power plus, alhamdulillah, berjaya preggy (**dgn izin allah), tp xbrthn lame coz sblm th preggy, demam...sy mkn mcm2 ubt..mgkn sb 2 kot misscariage...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-9-2011 08:07 AM | Show all posts
sy minum produk cocoa collagen power plus, alhamdulillah, berjaya preggy (**dgn izin allah), tp xbrthn lame coz sblm th preggy, demam...sy mkn mcm2 ubt..mgkn sb 2 kot misscariage...
Reply

Use magic Report

Post time 28-9-2011 08:56 PM | Show all posts
minum cocoa collagen,badan naik okehmak aku kata sbb bnda ni coco,tu yg cpt naik berat badan
Reply

Use magic Report

Post time 30-9-2011 09:18 AM | Show all posts
dulu sy pun ada minum tp tk berapa nampak kesan cuma tumit tu tak pecah lg la. pastu kejap minum, kejap tak. tu la agaknya tak nampak kesan. saya minum sebelum sarapan. take pulak minum ni selera bertambah.
Reply

Use magic Report

Post time 30-9-2011 05:40 PM | Show all posts
btol ke org kate collagen leh menggemukkan...
terbantut rase nak mencube...
md_nana Post at 9-7-2011 09:54


Tidak lah itu hanyalah khabar angin saja, aku nak kongsikan info mengenai kologen ye bukan mengenai cocoa collagen yang ditanyakan oleh pembuka thread ini, maaf.

Apakah kolagen itu?, ianya sejenis protein untuk tisu dalam badan kita dan ia merangkumi 1/3 protein dalam tubuh. Kolagen inilah yang memberikan kekenyalan, kekentalan, keketatan pada tisu badan kita sebenarnya. Di mana tubuh badak kita ini adanya kologen?, ianya ada dikulit kita, mata, saluran darah, tulang temulang, gigi, rambut dan organ dalaman kita.

Kenapa kolagen ini semua orang nak ambil ye?, sebabnya ia memelihara ketegangan, keanjalan kulit kita itu yang paling utama ataupun orang kita kata tidak dimamah usia sebab kulit muka masih tegang dan glowing gitu. Selain itu dia kawal tisu kulit kita untuk menjada kelembapan kulit, baiki tisu yang cedera akibat luka melecur or kalau kat muka jerawat kan. Bantu kuatkan tulang dan sudah tentu bila melbatkan protein ianya baik untuk tenaga kita, saraf dan juga kulit dan rambut.

Kenapa orang ambil kolagen ni?, sebab semakin kita berusia maka kolagen semakin berkurang dalam badan. Jadi bila berkurang maka tisu akan mengendur dan kurang anjal seterusnya jadi lah kulit kusam, tiada seri, berkedut, kertu?, sakit sendi dan sebagainya. Ini disebabkan selepas umur pertengahan 20an, kolagen akan berkurang 1% setiap tahun dan bila masuk pertengahan 30an ia akan berkurang pula 2% setiap tahun dan bila dah masuk 40an kita dah kekurangan 20% kolagen dalam badan.

Sekarang ini banyak sangat produk kolagen yang dikeluarkan, berasaskan koko lah, vanilla lah, acai beri lah dan bermacam lagi. Tapi buat pengetahuan semua kolagen terbaik adalah datangnya dari ikan atau disebut sebagai 'marine collagen' walaupun hanya dengan 1000mg sahaja nilainya ianya lebih bagus dari semua jenis kolagen lain walaupuan nilainya 4-5 kali ganda sebab ia mudah dicernakan badan. Sebab pada kolagen ikan sahajalah dipertemukan 'triple helix' yang strukturnya sama dalam kolagen asli manusia.

Pengambilan kolagen ikan 1000-3000mg sehari selama 2 bulan sangat membantu dalam memperbaiki kulit dari penuaan dan seterus meningkatkan balik keanjalan dan kekentalan kulit kita, kalau dapat disertakan dengan vitamin E ianya akan lebih bagus.
Reply

Use magic Report

Post time 30-9-2011 05:43 PM | Show all posts
ape kelebihan produk cocoa collagen ni?
ade sape2 yg pernah mencube tak...
share la pngalaman uols ...
lavenderose Post at 19-5-2011 12:45


Boleh tak kamu senaraikan berapa jumlah mg kolagen untuk setiap hidangan/botol/paket untuk cocoa collagen itu, selain itu apa vitamin yang disertakan?
Reply

Use magic Report

Post time 30-9-2011 05:51 PM | Show all posts
minum cocoa collagen,badan naik okehmak aku kata sbb bnda ni coco,tu yg cpt naik berat badan
shiraloveyou Post at 28-9-2011 20:56


Koko tidak mengakibatkan kenaikkan berat badan ye, koko bagus untuk kesihatan dan kenaikkan berat badan itu mungkin datangnya dari bahan lain. Sebab ia mengandungi asid oleik yang tinggi, iaitu sejenis asid lemak tak tepu yang mampu menurunkan paras kolesterol. Ia jadi tak berapa elok bila dikombinasikan berasama dengan gula atau pemanis, tidak tahulah kalau kandungan gula di dalam produk cocoa collagen ini tinggi dan menjadikannya sumber karbohidrat yang tinggi. Ianya juga bagus sebab antioksida, baik untuk proses perkumuhan dan detoks kita dan memelihara usus kita.
Reply

Use magic Report

Post time 30-9-2011 05:56 PM | Show all posts
dulu sy pun ada minum tp tk berapa nampak kesan cuma tumit tu tak pecah lg la. pastu kejap minum, ke ...
enncy Post at 30-9-2011 09:18


Aku sebenarnya masih kabur tentang produk ini, ianya produk untuk kurus?, mengandung?, kesihatan atau kulit?. Sebab bagi aku kalau melibatkan kolagen ini ianya adalah lebih kepada kesihatan kulit kita, sebab fungsi kolagen itu adalah untuk memelihara dan meningkatkan keanjalan tisu kulit. Banyak produk di pasaran berkaitan kolagen, sebaiknya pilih yang mengandungi marine collagen 3000mg sehari atau lebih. Ada juga yang tawarkan dengan jumkah 6000mg diminum 2 hari sekali, tapi pada aku kalau minum setiap hari lagi bagus dan seeloknya sebelum tidur. Tapi kalau ada jenis pil kebiasaannya 1000mg sebiji, jadi makan sebiji awal pagi semasa perut kosong dan sebiji sebelum tidur insyaAllah cukup 2 bulan kamu akan melihat hasilnya. Selamat mencuba
Reply

Use magic Report

Post time 30-9-2011 06:01 PM | Show all posts
Reply 12# dr.R


    kauuuu memang!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

















































buat aku gedik nak makan collagen jugakkkkkkkk.....cocoa collagen ni ok tak???
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-9-2011 06:27 PM | Show all posts
Koko tidak mengakibatkan kenaikkan berat badan ye, koko bagus untuk kesihatan dan kenaikkan bera ...
dr.R Post at 30-9-2011 17:51



    kiranye klau mkn coklat berlebihan,x menggemukkan la ye?
Reply

Use magic Report

Post time 30-9-2011 10:23 PM | Show all posts
Reply  dr.R


    kauuuu memang!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!





















...
md_nana Post at 30-9-2011 18:01


Maaf sejujurnya aku tak tahu apakah produk Cocoa Collagen ini, boleh kamu tepekkan aku maklumat mengenainya di sini. Nak tahu berapakah jumlah kolagen untuk setiap hidangan, kebiasaannya produk seperti Kinohimitsu dan bermacam lagi untuk setiap botol mengandungi 6000mg. Di sarankan juga di makan 2 hari sekali sahaja, bermakna 3000mg untuk setiap hari. Tapi bagi pendapat aku, seeloknya di ambil setiap hari bermakna minum separuh untuk hari ni dan esok minum lagi separuh. Tapi kalau kamu berkemampuan seeloknya untuk 10 hari terawal minum saja sebotol tu terus, harga memang mahal sekitar rm180 untuk 12 botol bergantung pada jenama. Tapi aku pernah terbaca mengenai jenama Kitsui Collagen yang menghidangkan jumlah 6000mg juga setiap botol dengan harga semurah rm70 sahaja untuk setiap botol, kamu cubalah cari dan dapatkan di Watson atau Guardian.
Reply

Use magic Report

Post time 30-9-2011 10:26 PM | Show all posts
kiranye klau mkn coklat berlebihan,x menggemukkan la ye?
shiraloveyou Post at 30-9-2011 18:27


Ye tidak akan menggemukkan kalau sekadar serbuk coklat sahaja, seeloknya kamu beli serbuk coklat yang tanpa gula yang banyak di jual di pasaraya. Kemudian kamu boleh masukkan pemanis tiruan yang mengandungi 0 kalori seperti dari pokok stevia, splenda dan aspartame (tidak berapa digalakkan), kalau kamu amalkan nescaya dalam seminggu kamu dah berjaya kurangkan lebih 3500 kalori untuk air sahaja dan berjaya turunkan 0.5kg.
Reply

Use magic Report

Post time 15-12-2011 12:36 PM | Show all posts
wahhh..menarik la kupasan dari dr.R.
hehehe..mmg rase gedik nak mkn kolagen gak..sebelum ni tak penah makan..ni baru nak start makan. lepas org cakap muka hubby lg nampak muda dari umur sebenar dia..huhukss..jelessss
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Kesihatan


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-1-2025 03:09 AM GMT+8 , Processed in 0.305548 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list