aku dah tau pasal filem ni. mamat khalid kata dia kecewa dgn industri perfileman malaysia smpai dia kata "sudah menuju apokalips" rupanya tu hint utk movie terbaru dia
-filem ni ala2 Mad max, post-apocalyptic world
-kalau kita perhatikan elok2 setiap filem MK ni, kita akan ada hint filem2 dia seterusnya, ala2 easter egg gitu
Setau aku ni filem serius Mamat Khalid yg pertamakan?Selama ni buat filem komedi yg aku mmg kurang gemar genrenya.Yg ni mmg aku akan tengok sebab ni filem sains fiksyen pertama Mamat Khalid.Harap2 OK walaupun aku meluattttt dgn pelakon utamanya iaitu Farid Kamil "buat filem cincai tapi box opis sebab trailer".:@
Producer : Gayatri Su Lin Pillai
Director : Mamat Khalid
Producer (Company) : Tayangan Unggul Sdn Bhd & Naga VXS Sdn Bh
Language : Malay
Genre : Action, Sci-fi, Crime, Suspense
Classification : U
Release Date : 2011
Duration : No Info
Audio : Stereo
Script: Mamat Khalid
Cast: Farid Kamil, Jehan Miskin, Iqram Dizly, Adam AF, Peter Davis, Pekin Ibrahim, Zoe Tan, Vasanth, Miera Leyana, Pyan Habib, Azwan Annuar, Dayana anak Wayang, Dazzrin Kamarudin, Nur Hazwani, Zappa Khalid, Amen Khalid, Zainuri Misfar
Filem yang diterbitkan oleh Tayangan Unggul Sdn Bhd & Naga VXS Sdn Bhd ni dibintangi oleh Farid Kamil, Jehan Miskin, Iqram Dizly, Adam AF, Peter Davis, Pekin Ibrahim, Zoe Tan, Vasanth, Miera Leyana, Pyan Habib(halamakkk...otai ni), Azwan Annuar, Dayana anak Wayang, Dazzrin Kamarudin, Nur Hazwani, Zappa Khalid, Amen Khalid, Zainuri Misfar dan ramai lagi.
Sinopsis): Sejak mentari terbit dari barat, pertempuran hebat berlaku di seluruh pangea. Jasad bergelimpangan dan udara di seluruh pangea berbaur hemoglobin, selain bintang berguguran. Homo sapian yang mewakili puak-puak yang menguasai empat sumber utama kini bertempur untuk memonopoli, menjadi keadaan anarki. Tiada lagi undang-undang, hanya mereka berpegang pada janji.
Pendita telah memberi perintah, supaya menjemput semua ‘Pengutus Pesanan’ untuk hadir ke satu taklimat berkaitan apa terjadi di Ground Zero, Apokalips dan penerangan mengenai kejadian letupan nuklear yang telah menyebabkan mentari terbit dari Barat hampir 23 hari lepas. Letupan nuklear yang telah menghamburkan partikel CK (Cyanogen Chloride) ke udara dan membunuh mereka yang berumur 30 tahun ke atas. Keadaan cukup kritikal.
Wahai ‘Pengutus Pesanan’ sekalian, hanya kamu yang mampu menyelamatkan seluruh pangea itu, moga Maha Pencipta merahmati kamu. Dari itu, kamu sekalian ‘Pengutus Pesanan’ dijemput ke sesi maklumat yang akan dihadiri seluruh ketua klan dan pengikut seperti, X lakonan Farid Kamil, Sri Gala (Peter Davis), Kala (Jehan Miskin), Kulat (Zoey Tan), Aman Chai (Adam AF), Qi Qi (Myra), Razor (Iqram Dinzly), Lipan (Pekin Ibrahim).
Filem yang dikatakan base kepada Japanese Crow Zero ini berkisarkan tentang puak, gangster dan pertarungan untuk hidup.Penuh dengan CGI dan kesan khas yang owsem. Tarikh tayangannya tak ditetapkan lagi, jadi korang kena folo dan cucuk rapat la dengan info pasal filem ni.
agak berani jugak la mamat khalid bawak isu berat camni.. kang ada la suara sumbang kata "apa ni citer pasal post-kiamat.."
tak pun
"wah, citer masa nak kiamat, matahari terbit dari barat.. syirik nih"
Filem yang dikatakan base kepada Japanese Crow Zero ini berkisarkan tentang puak, gangster dan pertarungan untuk hidup.
matsyeh Post at 19-6-2011 18:13
huishhh ... kali nie aku baru tabik spring kt mamat khalid kots.... perghh gaya movie dh mcm filem2 thai.... japan influence sket... ala2 manga pon ada.... after tgk trailer... memang promising sgt2 la... wajib tonton... even aku pon tk berapa suka sgt si farid khamil tuh....