CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 147|Reply: 0

Taruhan terbaru KRU

[Copy link]
Post time 22-6-2011 01:06 PM | Show all posts |Read mode
Tiga mula pikat peminat dengan Lelaki Tak Guna\rSATU demi satu anak didik KRU tampil di arena seni tanah air, mengetengahkan bakat serta kebolehan sebagai penghibur. Dan kini KRU Studios tampil berani dengan memperkenalkan sebuah lagi kumpulan pop yang terdiri daripada tiga wanita muda.\r\n\n\n\n\rKumpulan yang menggelarkan diri mereka dengan nama Tiga itu dianggotai Fazuin Mohd Yusuff (Faz), 25, Hana Amira Mohd Hatim (Hana), 24, dan Stephanie Goh Mei Yee (Steph), 22.\r\r\n\n\n\n\nTidak dinafikan nama mereka masih asing di kalangan peminat dunia hiburan, oleh itu Hip bawakan kumpulan ini khas untuk pembaca di luar sana mengenali mereka dengan lebih dekat.\r\"Sebelum ini kami menganggotai kumpulan \'Selektaz\', di mana kumpulan itu terdiri daripada enam penari wanita. Kami sudah mengenali masing-masing sejak empat tahun lalu, dan dari situlah kami mula rapat.\r\"Selektaz banyak mengiringi persembahan penyanyi popular seperti Stacy, Shahir, Hunny Madu, Faizal Tahir, Amy Search, Taufik Batisah dan ramai lagi. Walaupun kami bertiga sudah menyertai Tiga, kumpulan Selektaz masih ada, dan hanya kami tiga orang yang mengambil keputusan untuk tampil berbeza.\r\"Dulu kami hanya fokus pada dunia tarian dan koreografi. Sekarang dengan kumpulan Tiga, kami bukan saja menari malah turut menyanyi,\" kata Faz mewakili anggota yang lain. \r\n\n\n\n\rKini, kumpulan terbabit giat mempromosikan single pertama mereka yang diberi judul Lelaki Tak Guna, ciptaan sepenuhnya oleh Edry Abdul Halim.\rMenurut kumpulan yang menampilkan konsep \'funk pop\' ini, single berkenaan berkisarkan \'girl power\' ataupun kuasa perempuan, yang ditujukan khusus buat golongan hawa untuk meningkatkan tahap keyakinan mereka.\rLagu ini sedang hangat diputarkan di stesen radio tempatan seperti Hot FM dan Era FM. Di samping itu, video muzik Lelaki Tak Guna akan menemui peminat dalam masa terdekat. Menerusi video itu pastinya peminat bakal mengimbas kembali zaman KRU yang pernah popular dengan muzik hip hop.\rMenariknya mengenai kumpulan ini, ia turut dianggotai gadis berbangsa Cina bernama Steph, yang kurang fasih berbahasa Melayu. Namun hakikat itu tidak menghalang mereka meraih pendengar. \rSteph, gadis kelahiran Perth, Australia ini perlahan-lahan menguasai bahasa kebangsaan, menerusi kenalannya yang menggunakan bahasa Melayu sebagai perantaraan.\rJaga gaya, penampilan\rTIGA wanita ini berasa cukup begitu bertuah kerana berkesempatan untuk bernaung di bawah syarikat rakaman KRU Studios, sedangkan di luar sana ramai yang mahu merebut peluang keemasan itu.\rMereka akui bukannya senang untuk sampai ke tahap ini, oleh itu bagi tidak mempersia-siakan peluang yang diberi, Tiga berjanji akan memberi yang terbaik demi menjaga reputasi dan nama baik KRU, pada masa yang sama memperbaiki diri untuk kekal lama di dalam dunia hiburan yang penuh cabaran ini.\rSehubungan itu, Faz, Hana dan Steph kerap melakukan senaman bagi mengekalkan stamina dan tubuh badan yang sihat kerana sebagai penari, kesihatan diri adalah penting untuk sentiasa tampil bertenaga ketika membuat persembahan.\r\"Bukan itu saja, kami turut menjaga gaya, penampilan serta peribadi kami sebagai selebriti yang sentiasa dipantau pergerakannya. Demi nama baik abang Edry yang banyak menolong, kami sendiri akan memastikan yang kami akan melakukan yang terbaik,\" ujar Hana.

[Posting Asal]                [Kembali ke Berita Rakyat]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-2-2025 08:46 AM GMT+8 , Processed in 0.184428 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list