CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 31320|Reply: 42

[Tempatan] Barang sekolah satu pun tak beli lagi, terpaksa tebal muka pinjam kawan RM200 demi anak

[Copy link]
Post time 16-2-2025 10:35 PM | Show all posts |Read mode
PETALING JAYA – “Petang tadi Allah nak uji diri ini. Apabila seorang kawan WhatsApp minta pinjam sedikit duit nak beli barang sekolah anak. Esok dah mula sekolah tapi nak maghrib, dia tak beli apa-apa lagi keperluan anak-anak dia. Saya rasa nak menangis.”

Itu kisah sedih yang dikongsikan seorang individu apabila berdepan dengan sahabat yang ingin meminjam wang sebanyak RM200 daripadanya kerana tidak berkemampuan untuk menyediakan kelengkapan sekolah anak-anak.

Menggunakan profil @adinda_fara di Threads, wanita itu berkata, sebelum itu temannya itu sudah cuba untuk meminjam daripada orang lain namun gagal.



“Dia beritahu dah tanya ramai orang tapi orang lain pun ada anak nak masuk sekolah juga memang tak ada duit. Pilihan terakhir dia minta tolong dengan saya walaupun beritahu dia sangat malu.

“Susah kita ada lagi orang yang susah daripada kita. Bab anak ni memang kita sebagai ibu memang tak boleh la,” katanya.

Hantarannya itu mendapat perhatian orang ramai yang berkongsi pernah berhadapan dengan perkara serupa.

“Saya pun ada kawan minta pinjam. Tak banyak soal saya tolong sebab fikir anak-anak dia sekarang. Sekarang saya dalam kesusahan kena buang kerja, minta tolong dia. Dia marah saya sebab minta pinjam untuk beli susu, sedangkan dia pinjam dulu saya cakap tak perlu bayar. Menyesal bantu dia,” kongsi @ainaahusna.

“Sama la situasi kami. Tapi saya kalau boleh tak nak pinjam orang, malu. Masih boleh jual barang rumah, (ada) tabung duit. Kehidupan sentiasa ada turun naik. Macam ni la dugaan besarkan anak,” komen seorang lagi pengguna.

“Kasihannya dengar. Memang mencabar cuma setengah orang dia tak nak meminta-minta tetapi kadang-kadang situasi mendesak,” ujar seorang lagi netizen.

Sumber: Kosmo

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-2-2025 09:56 AM | Show all posts
same la aku,kalau xde duit mmg aku xkan meminjam dgn org,
Reply

Use magic Report

Post time 17-2-2025 10:08 AM From the mobile phone | Show all posts
Brg sekolah tahun lepas punya ada je lagi.  1 pun tak beli
Reply

Use magic Report

Post time 17-2-2025 10:21 AM | Show all posts
Suka baca cerita ceriti time buka sekolah mesti beberapa hari ni kat porum naik le cerita parents tak dapat beli barang sekolah anak etc etc.
Reply

Use magic Report

Post time 17-2-2025 10:24 AM | Show all posts
Samerosie replied at 17-2-2025 02:21 AM
Suka baca cerita ceriti time buka sekolah mesti beberapa hari ni kat porum naik le cerita parents ta ...

Setiap tahun akan ada kisah ni. Tapi rasanya tahun ni paling ramai la terkesan. Iolls tengok sedara mara, kawan2 ramai yg tak cukup duit nak beli barang keperluan. Kawan2 opis yg anak masuk darjah 1 pon deyols cakap mahal barang2 sekolah skang. Dah cuba beli yg murah2 pon, hujung2 totalnya cecah Rm300-400. Tu belum yuran dan buku2. Semoga dipermudahkan urusan ibu bapa dlm menyekolahkan anak2.
Reply

Use magic Report

Post time 17-2-2025 10:27 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by B40tastePosh at 17-2-2025 10:29 AM

Pergi la jumpa Pusat Khidmat Masyarakat/Rakyat YB YB syial kau tu.

Pergi kerja, Bangla Indon untuk bermati matian datang Malaysia nak kerja....ada Indon tu siap dah pakai kereta mewah Toyota Innova di Malaysia.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 17-2-2025 10:29 AM | Show all posts
masing-masing kampung buatlah pusat pengumpulan barang-barang dan pakaian sekolah terpakai.... kelihatan ramai yang bermasalah sebab tak ada duit.

klu tak ada duit sampai meminjam, lebih baik cuba dptkan derma barang sekolah terpakai dari orang-orang lain, mungkin masih baik dan masih boleh digunakan
Reply

Use magic Report

Post time 17-2-2025 12:07 PM | Show all posts
honestly...cerita2 mcm ni dah ada dari dulu...seingat aku sejak2 aku darjah satu which is berpuluh tahun dulu...nothing new. tapi seingat2 aku, makpak aku idak la ambik 'buka sekolah' or 'raya' ni seriously sampai pening kepala pikir....masuk tahun baru...so what...kiteorg pegi jah sekolah tanpa barang2 baru mcm hari2 lain.....pensil eraser buku kasut baju segala semua tak beli baru pun....yuran pun bayar je....alhamdulillah....kami adikberadik berjaya dlm hidup...mcm tu jugak bila time raya...takde ploppp makpak aku beria nak segala baru...tapi kami tetap beraya walopon tanpa kuih raya, cuma rendang dan ketupat...nak kuih raya, kita gi beraya rumah org....takde la ploppp cerita sedih meratap sendu sedan di pagi raya.....dan kami dulu hidup sgt susah ibarat kais pagi makan tengahari, kais petang makan esok.......hidup jgn terlalu mengeluh, berkeluh kesah....just keep moving  
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-2-2025 02:32 PM From the mobile phone | Show all posts
Lakinya merokok tak? Kalau ye, sesungguhnya mereka tidak layak dibantu!!!
Reply

Use magic Report

Post time 17-2-2025 02:33 PM From the mobile phone | Show all posts
Lakinya merokok tak? Kalau ye, sesungguhnya mereka tidak layak dibantu!!!
Reply

Use magic Report

Post time 17-2-2025 03:19 PM From the mobile phone | Show all posts
asamfish replied at 17-2-2025 12:07 PM
honestly...cerita2 mcm ni dah ada dari dulu...seingat aku sejak2 aku darjah satu which is berpuluh t ...

i tak lalui zaman susah sgt, walaupun tak la senang, Mungkin org dulu2 pakai konsep ukur baju badan sendiri , dah tahu tak mampu yg mahal, opt for yg murah, dah tahu uniform sekolah / baju raya mahal,sengkang mata jahit utk anak2.. yg penting jgn berhutang . Biar tkde @ kurang dari berhutang.

Speaking of kuih raya… zaman skrg kita dah terlebih mampu beli @ buat kuih raya premium sekalipun, tapi tak beli@ buat jugak. Sbb kuih raya terlampau byk kalori, gula, fat etc “tak mampu” nak tambah penyakit dah
Reply

Use magic Report

Post time 17-2-2025 03:43 PM From the mobile phone | Show all posts
emera replied at 17-2-2025 02:33 PM
Lakinya merokok tak? Kalau ye, sesungguhnya mereka tidak layak dibantu!!!

Why sis? Entah laki dia hisap rokok seludup beli kat kedai acheh. Tapi rokok acheh pun da mahal sekarang.
Reply

Use magic Report

Post time 17-2-2025 04:07 PM | Show all posts
ada BAP, SARA, STR kalau b40 dapat semua bantuan tu. mana pergi duit tu semua? dah tau nak nak sekolah await tak menabung awal2. simpan la sikit2 takkan setiap kali nak pinjam, takkan semua kerajaan nak bantu.

kalau susah dhoif sangat zakat, jkm ada. tapi kalau dah memang pemalas takleh cakap apa la. sekolah dah nak bukak baru la ko meraban..
Reply

Use magic Report

Post time 17-2-2025 04:32 PM | Show all posts
cikdot replied at 17-2-2025 04:07 PM
ada BAP, SARA, STR kalau b40 dapat semua bantuan tu. mana pergi duit tu semua? dah tau nak nak sekol ...
ada BAP, SARA, STR kalau b40 dapat semua bantuan tu. mana pergi duit tu semua?
Haatyai? Cameron Highlands?
Reply

Use magic Report

Post time 17-2-2025 05:08 PM | Show all posts
asamfish replied at 17-2-2025 12:07 PM
honestly...cerita2 mcm ni dah ada dari dulu...seingat aku sejak2 aku darjah satu which is berpuluh t ...

betul sgt. Sama gak apa iols lalui. Lg zmn Tu yuran SPM Kena byr. Mak pulak ibu tunggal. Tp tiap Kali buka sekolan Ada je duit nk byr xpnh tangguh walau sehari. Kasut pon xpnh pakai yg koyak. Mak pulak mampu beli emas lg. Cuma Kami mmg teramat jarang mkn luar. Apa yg mak bg itu la kami mkn. petua dia serial Kali gaji dia bawaj blk duit tdokan dulu katanya. Kita la ni, gaji pg ptg da separuh dok byr komitmen
Reply

Use magic Report

Post time 17-2-2025 05:09 PM From the mobile phone | Show all posts
Pg la jumpa anuart ...klau x MMMALUU dia nanti ank org miskin bbbbayar utk masuk skola
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-2-2025 05:48 PM From the mobile phone | Show all posts
Yg terkesan kalau beli last minit dah tau ank nak masuk sekolah beli laa sikit2 yg penting dulu. Uniform tu beli ja dulu satu set. Skg ni panas..balik sekolah terus basuh cepat ja kering. Kasut sekolah hitam dekat sopi tu baaanyaaak ja yg murah. Kalau nk beli yg mahai berbaloi beli kasut sekolah brand sketchers masa seller tengah online. Ada yg shared hari tu dgn aii kasut sekolah brand sketchers RM66 ja sepasang dekat sopi + free shipping.
Reply

Use magic Report

Post time 17-2-2025 07:07 PM From the mobile phone | Show all posts
i beli sikit² untuk anak buah 3 orang pun habis RM250.. tak campur lagi duit cash yang kitorang hulur kat bapak bebudak tu.. tahun ni 2 orang sekali masuk prasekolah so bantu je la mana yang mampu..
Reply

Use magic Report

Post time 17-2-2025 07:23 PM From the mobile phone | Show all posts
Anak bongsu iolss sjkc... Duit buku dah bayo lps abis exam akhir tahun ari tu..naik sekolah ni bayo duit smart class je rm50, duit buku n yuran sekolah agama mmg hampir2 rm200.ni dah standby awal2.. baju thn ni beli sbb dah 4 thn x tukar baju...anak iolss yg seorg ni bdn x naik sgt sblm ni...dah lps sunat baru tinggi banyak...si kakak naik tingkatan 4.. ambik gkt.. dah bgtau nak bl peralatan pembaris segala bagai dia..tuk subjek ni je iolss kira dekat 4++.. sbb iolss nk bl lebih stok...kedai yg jual semua ni jauh dr tempat iolss...Kakak nye baju uniform x tukar,sbb seminggu pakai 2 Kali je..Ms form 1 beli 1 size beso dr bdn..tunggu la esok lusa pulak blk sekolah kn bl buku pe..rsnye tuk kakak ni mmg duit buku mmg modal kasar..nk x nk kn bl gak la kan..jumat cikgu dah start mengajo
Reply

Use magic Report

Post time 17-2-2025 07:31 PM | Show all posts
funnyTONE replied at 17-2-2025 05:08 PM
betul sgt. Sama gak apa iols lalui. Lg zmn Tu yuran SPM Kena byr. Mak pulak ibu tunggal. Tp tiap K ...


kerap makan luar yg bunuh bajet family
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-2-2025 10:50 AM GMT+8 , Processed in 0.906827 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list