CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 103|Reply: 0

Laluan AirAsia X ke lima destinasi dipertimbang

[Copy link]
Post time 22-6-2011 01:06 PM | Show all posts |Read mode
KEMENTERIAN Pengangkutan sedang menimbang permohonan laluan AirAsia X ke Beijing, Shanghai, Jeddah, Istanbul dan Dubai kerana menyedari pentingnya meningkatkan perkhidmatan udara untuk mempromosi dan mengembangkan pelancongan dan pelaburan perniagaan ke Malaysia.\rBagaimanapun, kelulusan laluan itu bergantung kepada adanya hak laluan dan menerima peraturan dan perundangan negara yang meliputi antara lain, sekatan pesawat tambang murah, kekangan slot dan kawalan ruang udara, kata kementerian itu.\r\n\n\n\n\r Ia berkata, antara 2007 dan 2011, kerajaan sudah meluluskan permintaan AirAsia X untuk beroperasi di 32 destinasi antarabangsa.\r\r\n\n\n\n\n \"Daripada 32 destinasi antarabangsa diluluskan, AirAsia X hanya beroperasi ke 15 destinasi,\" katanya. \rKenyataan itu dibuat susulan komen pengasas AirAsia X, Datuk Seri Dr Tony Fernandes kelmarin bahawa penangguhan kelulusan laluan baru hanya akan menjejaskan negara, meskipun Malaysia adalah perintis segmen itu.\rIa adalah susulan Singapore Airlines Ltd pada Rabu mengumumkan ia akan menubuhkan syarikat penerbangan bajet bagi menampung pengguna yang mementingkan kos untuk laluan jarak jauh.\rSyarikat penerbangan baru itu dijangka bersaing dengan Jetstar Airways, unit tambang rendah Australia, Qantas Airways Ltd, dan AirAsia X.\r\n\n\n\n\rSementara itu, Kementerian Pengangkutan berkata, AirAsia X belum memanfaatkan sepenuhnya semua hak laluan yang diberikan dengan menamakan empat destinasi iaitu Tianjin, Melbourne, Taipei dan Tehran, yang menyebabkan peruntukan hak lalu lintas diberikan kepada pihak lain.\rAirAsia X juga belum memberikan perkhidmatan   dalam 16 destinasi yang sudah diluluskan termasuk Amritsar, Fukuoka, Kathmandu, Manchester, Berlin, Vienna, Moscow, Dublin, Pusan, Sharjah dan Bahrain.\rSelain itu, menurut kementerian, terdapat juga laluan yang mana AirAsia dan AirAsia X melakukan penggantungan tanpa pemberian sebarang notis terlebih dulu.\r

[Posting Asal]                [Kembali ke Berita Rakyat]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-2-2025 09:02 PM GMT+8 , Processed in 0.053719 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list