|
Komitmen tinggi kerajaan, sektor swasta lahir usahawan berpengetahuanFIRMA penyelidikan dan perunding antarabangsa, Frost & Sullivan yakin Malaysia mampu muncul sebagai negara ekonomi berasaskan pengetahuan unggul menjelang 2020 berdasarkan komitmen tinggi ditunjukkan kerajaan.\rIa disokong pula dengan sistem pendidikan yang teratur, akses kepada modal, insentif untuk sektor perdagangan dan tumpuan kepada menggalakkan semangat keusahawanan di kalangan rakyat.\r\n\n\n\n\r Pengerusinya, David Frigstad, berkata apa yang menambahkan keyakinan firmanya ialah komitmen peribadi Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak terhadap inisiatif itu selain kerjasama unik antara kerajaan dan sektor swasta.\r\r\n\n\n\n\n “Saya tak pernah lihat kerajaan, setidak-tidaknya dalam saiz yang sama dengan Malaysia begitu erat bekerjasama dengan swasta. Bagi saya semua ini berkait rapat dengan bagaimana sesebuah negara itu mahu mencapai kejayaan dan menjadi unik,” katanya.\rDalam satu pertemuan eksklusif dengan wartawan kumpulan The New Straits Times Press (NSTP) di ibu pejabat firma itu di Lembah Silikon, San Jose, California, baru-baru ini, Frigstad berkata, dasar kerajaan yang memperkenalkan sistem anjal dalam pengambilan profesional asing juga akan membantu.\r“Syarikat asing boleh membawa masuk profesional dari serata dunia ke Malaysia. Dalam hal ini, saya lihat Perdana Menteri amat fokus kepada masa depan. Tidak ramai pemimpin dunia bersikap sedemikian, rata-rata mereka hanya beri perhatian kepada isu semasa,” tambahnya.\rSudut lain, katanya, adalah tumpuan kerajaan kepada arah aliran mega seperti kuasa internet serta keperluan menguasai ilmu yang pelbagai daripada akademik asas hinggalah kepada ilmu sampingan seperti media digital, seni, keselamatan harta intelektual dan ketelusan dalam menjalankan urusan.\r\n\n\n\n\rFrigstad berkata, ekonomi berasaskan pengetahuan akan menjana daya inovasi, iaitu antara arah aliran mega yang amat penting pada masa depan berbanding faktor lain seperti tarikan tenaga buruh murah yang tidak akan berkekalan.\r“Apa yang sedang berlaku dalam ekonomi Malaysia amat menarik perhatian. Pelan menuju Wawasan 2020 begitu mengagumkan. Jika kita lihat beberapa tahun lalu, Malaysia sangat berminat dengan Lembah Silikon dan menghabiskan banyak masa mengkaji serta menghantar penyelidiknya. \r“Itu semua bukti komitmen negara anda untuk menjadi negara maju dan tidak menghairankan kerana semua orang ingin tahu bagaimana Lembah Silikon menjadi amat berjaya daripada tiada apa-apa.\r“Saya ibaratkan Malaysia seperti semangkuk sup, semua ramuan sudah ada dan kini tinggal dimasak saja,” katanya.\rMengenai saingan Indonesia yang ekonominya dilihat semakin berkembang, beliau berkata, perjalanan negara jiran itu masih jauh untuk menjadi seperti Malaysia hari ini yang pada bila-bila masa boleh menjadi hab utama kewangan serantau.\rDalam perkembangan lain, Frigstad berkata, komitmen firmanya kepada Malaysia semakin mengukuh dan dibuktikan dengan penubuhan Pusat Inovasi Global yang bukan saja akan menyokong pembangunan ekonomi Malaysia tetapi juga keseluruhan rantau, termasuk China. “Kami juga mempunyai pasukan lengkap berpangkalan di Kuala Lumpur yang setiap satu hanya fokus kepada satu bidang,” katanya sambil menambah Frost & Sullivan kini mempunyai kira-kira 2,000 kakitangan, termasuk 150 di Malaysia.\rFirma yang ditubuhkan pada 1961 itu mempunyai lebih 40 cawangan di seluruh dunia.\rIa membuat penyelidikan dan analisis peluang pasaran untuk pertumbuhan korporat dalam pelbagai sektor, antaranya ekonomi, komunikasi, teknologi dan teknologi maklumat, pertahanan, aeroangkasa, automotif, kimia, kesihatan dan makanan.\r
[Posting Asal] [Kembali ke Berita Rakyat] [Pump!]
|
|