View: 86|Reply: 0
|
Projek kompleks minyak, gas mula September
[Copy link]
|
|
PELAKSANAAN projek kompleks minyak dan gas bersepadu yang bernilai RM17 bilion di Port Dickson, Negeri Sembilan dijangkakan dapat dimulakan pada September ini.\rIa susulan termeterainya perjanjian pembangunan antara pemiliknya, konsortium berpangkalan di Qatar, Gulf Petroleum Ltd dengan tiga firma antarabangsa semalam.\r\n\n\n\n\r Perjanjian yang dimeterai anak syarikat Gulf Petroleum di Malaysia, iaitu Gulf Petroleum (M) Sdn Bhd (GPLM) itu menyaksikan keempat-empat pihak bekerjasama menggemblengkan kepakaran masing-masing membangunkan loji penapis, loji petrokimia dan kemudahan penyimpanan dalam kompleks minyak dan gas bersepadu berkenaan.\r\r\n\n\n\n\n Tiga firma berkenaan ialah Huawei Technologies Co Ltd; gabungan konsortium Malaysia dan India yang merangkumi Extrarich Marine Sdn Bhd, Marmagoa Steel Ltd, dan Rukmani Finance Pte Ltd; dan Oriental Air Energy Investment Corporation Ltd.\rHuawei Technologies, penyedia penyelesaian telekomunikasi kedua terbesar dunia berpangkalan di China itu, akan menyediakan kepakaran teknologi maklumat dan telekomunikasi untuk pembinaan loji dalam projek berkenaan.\rSementara gabungan konsortium Malaysia dan India akan menyediakan dana pembiayaan, termasuk aspek pegangan ekuiti dan aspek teknikal lain, selain bekerjasama dengan GPLM menubuhkan syarikat usaha sama untuk membina kemudahan tertentu dalam kompleks minyak dan gas itu.\rOriental Air Energy yang berpangkalan di Hong Kong pula akan turut menyediakan dana pembiayaan, dan menubuhkan sebuah syarikat usaha sama dengan GPLM bagi pelaksanaan kerja berkenaan.\r\n\n\n\n\rBerbeza dengan konsortium Malaysia dan India, firma sayap komersial National Leading Group Office of Integrated Industrial Development of Air Energy China yang dimiliki sepenuhnya kerajaan China itu, akan mengkhususkan skop pekerjaannya dalam pembinaan loji berasaskan teknologi hijau dengan menyediakan tenaga udara yang dimampatkan.\rMengulas mengenainya, Ahli Lembaga Pengarah GPLM, Dr Hytham Isa Al-Qahtani, berkata perjanjian yang dimeterai itu menandakan kemajuan lanjut yang diperoleh pihaknya dalam merealisasikan cadangan penubuhan kompleks minyak dan gas bersepadu itu.\r“Penubuhan kompleks itu amat diperlukan buat masa ini, khususnya bagi tujuan memenuhi permintaan yang sentiasa meningkat di Asia Pasifik disebabkan kemudahan loji penapisan yang terhad di seluruh dunia,” katanya.\rSementara itu, Pengarah Urusan GPLM, Nor Azmi Abdullah, berkata setakat ini pihaknya turut menerima beberapa cadangan rasmi penyertaan dari 35 syarikat minyak dan gas dari Timur Tengah, Asia Pasifik, Eropah dan Amerika Syarikat untuk mengambil bahagian dalam pelaksanaan kompleks minyak dan gas berkenaan.\rSelain firma antarabangsa, beberapa cadangan turut diterima dari syarikat milik kerajaan untuk mengambil bahagian di dalam projek itu.\r“Disebabkan minat penyertaan mendalam dari pelbagai pihak dari seluruh dunia, penasihat kewangan yang dilantik GPLM sedang melaksanakan penyusunan semula modal bagi projek itu untuk membolehkan sebanyak mungkin penyertaan dari pelbagai negara dunia,” katanya.\rKatanya, antara lain penyusunan semula modal yang dijangka selesai September itu turut membabitkan penyertaan ekuiti.\r
[Posting Asal] [Kembali ke Berita Rakyat] [Pump!]
|
|
|
|
|
|
|
| |
|