View: 108|Reply: 0
|
Bursa Mingguan: Pasaran tempatan kian pulih
[Copy link]
|
|
Harga komoditi, laporan institusi perbankan AS kukuh FBMKLCIPASARAN saham tempatan pulih daripada aktiviti penjualan besar-besaran awal minggu lalu akibat kebimbangan krisis hutang di zon euro yang boleh memberi kesan terhadap pertumbuhan ekonomi global.\rPemulihan prestasi pasaran tempatan hujung minggu lalu, kebanyakannya didorong peningkatan harga komoditi, susulan laporan penyelidikan institusi perbankan pelaburan di Amerika Syarikat yang mengunjurkan harga komoditi akan meningkat dalam separuh kedua tahun ini.\r\n\n\n\n\r Cakap-cakap pasaran mengaitkan Sime Darby melupuskan limbungan fabrikasinya kepada Malaysia Marine and Heavy Engineering Holdings Bhd (MHB) terjawab apabila konglomerat itu mengumumkan penjualan limbungan fabrikasi miliknya di Pasir Gudang kepada MHB dengan nilai RM399 juta.\r\r\n\n\n\n\n Bagaimanapun, limbungan fabrikasi di Teluk Ramunia milik Sime Darby itu pula akan dijual kepada Petronas dengan nilai RM296 juta, nilai yang terlalu kurang berbanding RM515 juta yang dibayar syarikat senaraian awam terbesar dunia itu ketika ia membelinya daripada Ramunia Holdings pada tahun lalu.\rNamun, ia disifatkan sebagai situasi menang-menang untuk semua pihak kerana Sime Darby akan menamatkan mimpi buruknya dengan keluar daripada perniagaan fabrikasi pada paras RM54 juta lebih tinggi daripada nilai bukunya sebanyak RM641 juta.\rDalam pada itu, MHB pula mampu menyelesaikan masalah kekurangan kapasitinya dengan cepat berikutan limbungannya kini boleh ditingkatkan kapasiti sepenuhnya.\rDengan pelaburan Petronas bernilai berbilion ringgit dalam sektor gas dan minyak di pasaran tempatan yang dijangka menarik minat pelbagai peserta dalam tempoh enam bulan lagi, pengambilalihan dua limbungan berkenaan dilihat tepat untuk mengelak wujudnya kebocoran perolehan di dalam kumpulan itu.\r\n\n\n\n\rPeluang juga kini terbuka luas untuk Petronas melupuskan kemudahannya di Teluk Ramunia, yang memiliki 80,000 tan kapasiti kepada MHB.\rDalam pada itu, langkah Sime Darby melupuskan pegangannya itu turut menambahkan lagi tekanan di kalangan peserta fabrikasi lain untuk meningkatkan kapasiti mereka, secara organik atau menerusi penggabungan dan pengambilalihan (M&A).\rPelabur akan memantau dekat peserta mana yang akan melaksanakan langkah yang sama selepas ini, dengan UMW Group mungkin dilihat peserta seterusnya apabila memiliki beberapa isu dalam bahagian perniagaan minyak dan gasnya.\rDalam pada itu, petunjuk teknikal pula kini terarah kepada paras menaik minggu ini, didorong pemulihan keuntungan dalam Sime Darby selain perolehan yang dijana daripada pelupusan dua limbungan itu.\rSelain itu, jangkaan kejutan positif daripada peserta telekomunikasi, Maxis dan Axiata dalam pengumuman prestasi kewangan masing-masing minggu ini turut menjadi antara penyumbang utamanya.\rKesimpulannya, bersandarkan kepada momentum bulis serta aliran isyarat petunjuk bagi KLCI, saham berwajaran besar dijangka meneruskan prestasi peningkatan masing-masing dalam minggu ini.\rMalangnya, saham berwajaran kecil dan murah mungkin akan ketinggalan di belakang ekoran momentum dagangan tidak menentu susulan bermulanya tempoh dua minggu musim cuti sekolah yang masa secara tradisinya peserta pasaran akan menjauhi pasaran tempatan. \rNamun, situasi semasa ini mungkin boleh disifatkan sebagai peluang terbaik untuk membeli saham yang berada dalam situasi lemah, yang mana dijangka akan kembali pulih pada bulan depan, apabila bermulanya dagangan silih ganti kelak.\rBagi indeks, ia harus mengatasi halangan berikutnya 1,552 mata minggu ini, iaitu mewakili 23.6 peratus petunjuk fibonacci (FR) jatuh daripada rekod tertinggi 1,576.95 pada 6 Januari lalu kepada 1,474 paras terendahnya pada 29 November lalu.\rParas rintangan berikutnya ialah 1,565 mata, iaitu paras tertinggi dicapai pada 4 April lalu.\r
[Posting Asal] [Kembali ke Berita Rakyat] [Pump!]
|
|
|
|
|
|
|
| |
|