CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 89|Reply: 0

Bisnes Dunia: Pemulihan Jepun lonjak saham Asia

[Copy link]
Post time 22-6-2011 01:06 PM | Show all posts |Read mode
Harga di bursa Asia catat peningkatanSAHAM di Asia melonjak semalam dengan Tokyo dirangsang oleh perangkaan yang menunjukkan pengeluaran perusahaannya meningkat bulan lalu, sekali gus menaikkan harapan terhadap pemulihan negara itu daripada bencana alam gempa bumi dan tsunami yang berlaku 11 Mac lalu.\rMata wang yen susut berbanding dolar dan euro selepas firma Moody’s memberi amaran ia akan mengurangkan penarafan hutang Jepun, manakala unit mata wang Eropah itu pula diberi rangsangan oleh sebuah laporan bahawa Jerman tidak akan meneruskan gesaan supaya Greece menstruktur semula hutangnya. \r\n\n\n\n\r  Tokyo ditutup 1.99 peratus, atau 188.76 mata lebih tinggi pada 9,693.73 iaitu kenaikan peratusan tertingginya sejak 30 Mac manakala Seoul ditutup 2.32 peratus atau 48.68 mata lebih tinggi pada 2,142.47.\r\r\n\n\n\n\n  Hong Kong mengakhiri dagangannya 2.16 peratus lebih tinggi, menokok 499.81 mata kepada 23,684.13 manakala Shanghai menambah 1.37 peratus, atau 37.11 mata kepada 2,743.47.\rIndeks Nikkei mencatatkan rali selepas kerajaan Jepun melaporkan pengeluaran perusahaan negara itu meningkat satu peratus pada April berbanding bulan sebelumnya.\rWalaupun peningkatan itu adalah lebih rendah daripada 2.9 peratus yang dijangkakan oleh penganalisis, ia dicatatkan selepas penurunan tertinggi sebanyak 15.5 peratus selepas bencana alam yang melanda negara itu menjejaskan rantaian bekalan serta menyebabkan gangguan kuasa yang mengheret Jepun ke arah kemelesetan.\rKerajaannya mengunjurkan pengeluaran akan meningkat lapan peratus pada Mei dan 7.7 peratus bulan ini.\r\n\n\n\n\r“Pengeluaran masih kekal perlahan disebabkan kesan gempa bumi besar yang melanda timur Jepun,” kata kementerian perindustriannya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan bersama beberapa angka, sambil menambah pemulihan dijangka berlaku dalam tempoh terdekat ini.\rAhli strategi Cosmo Securities, Toshikazu Horiuchi, berkata:  “Melihat kepada tinjauan perangkaan berkenaan, kami dapat mengesahkan pemulihan yang lebih pantas daripada dijangkakan dalam rantaian bekalan Jepun.”\rBagaimanapun, beliau memberitahu agensi berita Dow Jones bahawa tinjauan selepas Jun masih kekal tidak menentu berikutan kekurangan bekalan tenaga elektrik yang berterusan.\rKebanyakan harga saham firma gergasi Nikkei melonjak, walaupun Tokyo Electric Power yang mengendalikan kilang atom Fukushima yang dilumpuhkan oleh bencana alam Mac lalu susut 276 peratus sehari selepas Standard & Poor’s mengurangkan penarafan kreditnya.\rAgensi itu menurunkan penarafan TEPCO sebanyak dua peringkat kepada BB-plus daripada BBB dan mengurangkan penarafan kredit korporat jangka panjangnya sebanyak lima peringkat kepada B-plus, memberi petunjuk kebimbangan terhadap hutangnya.\rMata wang dolar AS mengukuh kepada 81.23 yen pada dagangan tengah hari Tokyo daripada  80.79 yen lewat kelmarin. \rPasaran New York ditutup kelmarin sempena cuti umum.\rSementara itu, kontrak utama New York, penghantaran Julai minyak ‘light,sweet’ meningkat 57 sen kepada AS$101.16 dan minyak Brent North Sea bagi penghantaran Julai menokok 62 sen kepada AS$115.30. – AFP\r

[Posting Asal]                [Kembali ke Berita Rakyat]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-2-2025 08:43 PM GMT+8 , Processed in 0.856450 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list