CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 90|Reply: 0

Bisnes Dunia: Saham Asia ditutup bercampur

[Copy link]
Post time 22-6-2011 01:06 PM | Show all posts |Read mode
SAHAM Asia ditutup bercampur-campur semalam apabila petunjuk kukuh daripada Wall Street dilemahkan oleh kegiatan pengambilan untung selain berita serantau yang negatif dan keadaan politik tidak menentu di Jepun.\rPerangkaan yang tidak memberangsangkan dari China yang menunjukkan pengurus dana kurang optimis mengenai pertumbuhan ekonomi berbanding tempoh sembilan bulan sebelum ini menyebabkan pasaran saham di Shanghai ditutup rendah.\r\n\n\n\nAngka pertumbuhan negatif dari Australia yang mencatatkan prestasi ekonomi sukuan terburuknya dalam tempoh dua dekad turut menjejaskan sentimen.\r\rPasaran saham Sydney menamatkan sesi dagangan dengan susut 1.0 mata kepada 4,707.3 sementara Seoul pula tidak berubah, jatuh 1.13 mata kepada 2,141.34.\r\n\n\n\n\nHong Kong ditutup 0.12 peratus pada awal sesi dagangan sementara Shanghai jatuh 0.30 peratus selepas perangkaan menunjukkan industri domestik berkembang lebih pelahan pada Mei, kata peniaga.\rPasaran saham Tokyo ditutup tinggi 0.27 peratus atau 25.88 mata kepada 9,719.61.\rPrestasi lemah semalam berlaku selepas reli kukuh saham serantau kelmarin.\rPersekutuan Logistik China dalam satu kenyataan berkata, peniaga memberi reaksi  terhadap pengumuman Indeks Pengurus Pembelian (PMI) rasmi yang jatuh kepada 52.0 pada Mei, iaitu paras terendah dalam tempoh sembilan bulan daripada 52.9 pada April.\rDalam PMI berasingan yang dikeluarkan HSBC, ia susut  51.6 pada Mei daripada 51.8 sebelumnya.\r\n\n\n\n\rBacaan PMI di atas 50 menunjukkan sektor sedang berkembang, sementara bacaan bawah 50 menunjukkan ia sedang mengucup.\rWalaupun angka pengeluaran terus berkembang, namun ia diikuti beberapa langkah yang dilaksanakan oleh Beijing yang bertujuan untuk meredakan keadaan ekonomi yang meruap dan peningkatan harga pengguna termasuk kenaikan beberapa kadar faedah.\rPerangkaan HSBC sedikit baik berbanding data awal yang dikeluarkan gergasi perbankan itu bulan lalu yang mana jatuh 51.1 pada Mei dan ia mencetuskan kebimbangan terhadap ekonomi China yang telah mengheret kejatuhan pasaran saham Shanghai dan Hong Kong.\rBiro Statistik Australia berkata, Keluaran Dalam Negara Kasar negara itu turun 1.2 peratus pada suku pertama daripada suku keempat, iaitu kejatuhan terbesar sejak suku pertama 1991 ketika Australia dicengkam kemelesetan.\rDi TOKYO: Gergasi pengeluar kenderaan, Toyota berkata, pengeluaran domestik kembali pulih sekitar 90 peratus daripada tahap pra gempa bumi pada Jun.\rBagaimanapun, pengumuman itu tidak memberi kesan kepada pasaran dengan saham Toyota jatuh 0.58 peratus kepada 3,380 yen.\rSelepas meningkat dua peratus kelmarin, peniaga terus bersikap tunggu dan lihat kepada jangkaan usul undi tidak percaya terhadap Perdana Menteri Jepun, Naoto Kan.\rKan berada dalam tekanan ekoran Ahli Parlimen pembangkang menuntut agar beliau berundur selepas kegagalan menangani krisis nuklear sejak bencana gempa bumi dan tsunami pada 11 Mac lalu.\r“Masih terdapat kurangnya minat belian ke atas saham Jepun untuknya keluar daripada urus niaga yang tidak menentu,” kata Pakar Strategi Okasan Securities, Hideyuki Ishiguro.\rWall Street menunjukkan prestasi baik pada Selasa dengan indeks Dow Jones Industrial Average ditutup tinggi 128.21 mata atau 1.03 peratus kepada 12.569.79. \rKetua Urus Niaga Domestik RBS,  Justin Gallagher di Sydney berkata, saham Asia didagangkan dengan berhati-hati selepas peningkatan kelmarin. – AFP\r

[Posting Asal]                [Kembali ke Berita Rakyat]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-2-2025 08:43 PM GMT+8 , Processed in 2.029405 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list