View: 116|Reply: 0
|
GPLM tampung produk petroleum Asia Pasifik
[Copy link]
|
|
PROJEK minyak dan gas bersepadu Gulf Petroleum (M) Sdn Bhd (GPLM) di Port Dickson dijangka dapat menampung permintaan yang semakin meningkat bagi produk petroleum di Asia Pasifik berikutan kurangnya keupayaan penapisan global.\r“Permintaan kini melebihi penawaran. Kami dapati umumnya permintaan di rantau ini semakin meningkat pada kadar dua hingga tiga peratus setahun,” kata Pengarah Urusannya, Nor Azmi Abdullah.\r\n\n\n\n\r Projek bernilai AS$5 bilion yang akan dilaksanakan di tapak seluas 607.5 hektar di Port Dickson itu akan merangkumi sebuah kilang penapisan minyak dengan keupayaan mengeluarkan 150,000 tong sehari, sebuah loji petrokimia dan kemudahan penyimpanan dalam fasa pertama.\r\r\n\n\n\n\n Mengenai bakal pelanggan, Nor Azmi berkata GPLM telah pun mewujudkan persefahaman asas dengan pengguna akhir utama dari China, India, Korea Selatan dan Jepun.\r“Sebahagian besar produk itu akan dieksport ke dua pasaran utama, iaitu China dan India,” katanya.\rNor Azmi berkata, syarikat itu berharap dapat menyelesaikan semua isu berkaitan lokasi tapak menjelang September tahun ini, manakala pembinaan dijangka bermula dalam suku kedua 2012 dan siap menjelang 2015.\r“Kami telah mendapat kelulusan bersyarat pada prinsipnya. Kami berharap dapat memulakan kerja dalam suku kedua tahun depan kerana kilang penapisan itu akan mengambil masa tiga hingga empat tahun untuk dibina,” jelasnya.\r\n\n\n\n\rAhad lalu Gulf Petroleum menandatangani perjanjian dengan beberapa pihak dari China, Hong Kong dan India bagi cadangan pembangunan projek itu.\rPihak itu termasuklah penyedia penyelesaian telekomunikasi terbesar dari China iaitu Huawei Technologies, sebuah konsortium Malaysia-India terdiri daripada Extrarich Marine Sdn Bhd, Marmagoa Steel Ltd dan Rukmani Finance Pte Ltd, serta Oriental Air Energy Investment Corporation Ltd dari Hong Kong.\rNor Azmi berkata, syarikat itu telah menerima cadangan daripada 35 negara di seluruh dunia untuk mengambil bahagian dalam projek itu, termasuk kumpulan perbankan terkenal, agensi kerajaan asing, syarikat minyak milik negara dan syarikat minyak antarabangsa lain.\rBeliau mengaitkan sambutan hangat daripada pihak di seluruh dunia ini kepada kerjasama ekonomi rentas sempadan yang diusahakan Majlis Kerjasama Teluk-Pusat Ekonomi Asean (GCCAEC) untuk membabitkan sektor minyak dan gas.\rGCCAEC dibentuk dengan tujuan menghubungkan GCC Arab dan ASEAN melalui kegiatan ekonomi. – BERNAMA
[Posting Asal] [Kembali ke Berita Rakyat] [Pump!]
|
|
|
|
|
|
|
| |
|