CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 72|Reply: 0

MPRC sasar tarik 20 syarikat asing

[Copy link]
Post time 22-6-2011 01:06 PM | Show all posts |Read mode
Kehadiran pelabur luar rangsang pembangunan industri minyak, gas negara\rPENUBUHAN Perbadanan Sumber Petroleum Malaysia (MPRC) akan membantu mencapai aspirasi negara menarik antara 10 hingga 20 firma antarabangsa industri perkhidmatan dan peralatan lapangan minyak (OFSE) dalam tempoh terdekat ini.\r\n\n\n\n\r  Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, berkata firma itu disasar dapat menjalankan sekurang-kurangnya 10 peratus daripada operasi mereka di Malaysia, iaitu mewakili 40 peratus daripada kegiatan serantau syarikat terbabit.\r\r\n\n\n\n\n  “Kehadiran mereka juga akan meletakkan Malaysia sebagai pusat operasi yang kompetitif dari segi kos bagi kerja kejuruteraan, pemerolehan dan pembinaan, selain menjadi tapak strategik untuk kegiatan pemasangan di  Asia Pasifik,” katanya dalam ucapan perasmian Pameran Minyak, Gas dan Petrokimia 2011 (OGA 2011) di Kuala Lumpur, semalam.\rPenubuhan MPRC diumumkan pada persidangan Invest Malaysia April lalu yang bermatlamat merangsang pembangunan industri minyak dan gas negara ini.\rIa akan diletakkan di bawah Lembaga Pembangunan Perindustrian Malaysia (MIDA).\rMuhyiddin berkata, firma minyak dan gas tempatan juga perlu menimbang bekerjasama dengan peserta antarabangsa untuk mengembangkan keupayaan masing-masing terutama dalam sektor perairan laut dalam dan perkhidmatan penerokaan.\r\n\n\n\n\r“Dengan menjalin kerjasama, syarikat tempatan bukan saja hanya akan bergantung kepada teknologi canggih, tetapi akan turut meraih penguasaan pasaran yang kukuh di peringkat serantau,” katanya.\rSementara itu, Muhyiddin berkata Malaysia menyasarkan pertumbuhan tahunan lima peratus untuk sektor tenaga sehingga 2020 mewakili peningkatan bernilai RM131.4 bilion dalam tempoh 10 tahun akan datang di bawah program Transformasi Ekonomi (ETP).\r“Ia adalah sasaran yang tinggi terutama di sebalik keadaan pengeluaran minyak dan gas yang semakin menyusut,” katanya.\rBeliau menegaskan, peserta industri boleh meneroka banyak peluang perniagaan dalam industri minyak dan gas yang dicetuskan oleh 12 projek permulaan (EPP), disasarkan untuk meningkatkan pendapatan kasar negara pada 2020.

[Posting Asal]                [Kembali ke Berita Rakyat]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-2-2025 08:26 PM GMT+8 , Processed in 0.147423 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list