CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 104|Reply: 0

TPMB rangka piawaian makmal halal

[Copy link]
Post time 22-6-2011 01:06 PM | Show all posts |Read mode
TPM Biotech Sdn Bhd (TPMB), anak syarikat milik penuh Technology Park Malaysia Corporation Sdn Bhd, membentuk pakatan strategik dengan Halal Industry Development Corporation Sdn Bhd (HDC) untuk bersama-sama merangka Piawaian Makmal Halal dan program pembangunan halal utama.\rSatu Perjanjian Memorandum Persefahaman (MoU) telah ditandatangani kedua-dua syarikat itu  bertujuan meningkatkan tahap kesedaran saintifik pada peringkat tempatan dan antarabangsa.\r\n\n\n\n\r  HDC adalah sebuah syarikat yang menyediakan produk dan perkhidmatan pensijilan, audit, dan perkhidmatan pemantauan.\r\r\n\n\n\n\n  TPMB dalam kenyataannya semalam berkata, antara matlamat kerjasama strategik itu adalah mengasaskan program keusahawanan halal yang meliputi pembangunan produk halal, program pembangunan kontrak dan merangka serta melaksanakan program latihan dan rundingan halal khususnya untuk meningkatkan tahap kesedaran saintifik di dalam dan luar negara.\r“Usaha sama ini juga meliputi pembangunan produk, penyelesaian pengilangan kontrak atau sokongan bagi usahawan, pengilang kontrak yang dipantau oleh HDC dan sebarang program lain,” katanya.\rTPMB menyediakan analisis dan perkhidmatan makmal analitikal dalam menangani isu-isu penting berkaitan kualiti, keselamatan dan ketulenan makanan dan barangan atau produk pengguna yang lain.

[Posting Asal]                [Kembali ke Berita Rakyat]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-2-2025 09:22 PM GMT+8 , Processed in 0.714804 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list