CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 147|Reply: 0

Jaafar masih terajui UDA

[Copy link]
Post time 22-6-2011 01:06 PM | Show all posts |Read mode
Laporan peletakan jawatan hanya spekulasi: Nur Jazlan\rPELETAKAN jawatan Datuk Jaafar Abu Hassan sebagai Pengarah Urusan UDA Holdings Bhd (UDA) hanya satu spekulasi, kata Pengerusinya, Datuk Nur Jazlan Tan Sri Mohamed.\r\n\n\n\n\r Beliau menegaskan, buat masa ini, Jaafar masih lagi memegang jawatan Pengarah Urusan syarikat itu.\r\r\n\n\n\n\n  “Laporan berita itu adalah spekulasi semata-mata dan saya mohon agar orang ramai tidak percaya dengan spekulasi berkenaan,” katanya ketika dihubungi Berita Harian semalam.\rBeliau berkata demikian bagi mengulas laporan sebuah akhbar semalam bahawa Jaafar menghantar surat peletakan jawatannya Isnin lalu, selepas enam tahun menerajui UDA.\rMengikut laporan itu, Jaafar dipercayai berbuat demikian atas pilihan sendiri kerana sebab-sebab dalaman dan peletakan jawatan itu sudah diterima Lembaga Pengarah UDA.\rNamun, ketika mengulas mengenainya, Nur Jazlan berkata, buat masa ini beliau masih belum menerima apa-apa surat daripada Jaafar.\r\n\n\n\n\r“Buat masa ini, masih belum ada apa-apa (surat rasmi mahupun lain-lain perkara yang boleh dikaitkan dengan peletakan jawatan Jaafar),” katanya yang dilantik ke jawatan Pengerusi UDA bagi menggantikan Datuk Hilmi Abdul Rashid pada 16 Jun tahun lalu.\rUDA yang ditubuhkan pada 12 November 1971 kini di bawah Kementerian Kewangan yang diperbadankan.\rMenteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah, gagal dihubungi bagi mengulas perkembangan berkenaan.\rJaafar, 46 yang berasal dari Melaka dilantik sebagai Pengarah Urusan UDA pada 26 Mei 2005. \rSebelum berkhidmat dengan UDA, beliau menyertai MBF Finance Bhd sebagai Pegawai Eksekutif, Bahagian Pinjaman dan Cagaran Korporat sehingga bulan Julai 1990, selepas menamatkan Pengajian di Nottingham Trent University, United Kingdom pada Jun 1989.\rBeliau kemudian dipinjamkan ke TPPT Sdn Bhd (TPPT), syarikat yang ditubuhkan Bank Negara Koordinator Projek pada Ogos 1990 dan dilantik sebagai Penolong Pengurus Besar, TPPT pada Mei 1994, seterusnya dinaikkan pangkat sebagai Pengurus Besar pada Julai 1999.\rSelepas lima tahun berkhidmat dengan TPPT, Jaafar kemudian menyertai UDA Mall Sdn Bhd, anak syarikat UDA sebagai Pengurus Besar pada Februari 2004 sebelum dilantik sebagai Pengurus Besar Kanan, UDA Mall Division, iaitu jawatan yang dipegangnya sebelum dilantik sebagai Pengarah Urusan UDA.

[Posting Asal]                [Kembali ke Berita Rakyat]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-2-2025 09:10 PM GMT+8 , Processed in 0.304247 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list