CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 140|Reply: 0

Penyelidik yakin pasaran saham negara kukuh

[Copy link]
Post time 22-6-2011 01:06 PM | Show all posts |Read mode
HWANGDBS Vickers Research menjangkakan terdapat kemajuan dalam pelaksanaan projek utama pada separuh kedua tahun ini, dengan projek Transit Aliran Massa (MRT) bakal dimulakan pada Julai, manakala pemenang bagi kontrak fasa dua projek Transit Aliran Ringan (LRT) dijangka diumumkan pada akhir bulan ini.\rFirma penyelidikan itu berkata, pengurangan subsidi baru-baru ini akan membolehkan dana disalurkan kepada projek pengangkutan awam seperti MRT.\r\n\n\n\n\r  Bagaimanapun, katanya, peningkatan inflasi dan pertumbuhan perlahan mungkin berterusan yang membawa kepada kelemahan seterusnya dalam tempoh terdekat ini, tetapi Malaysia dijangka mencatatkan prestasi lebih baik berbanding pasaran saham negara lain.\r\r\n\n\n\n\n  “Ini kerana kualiti bertahan pasaran saham negara ini dengan pegangan asing yang rendah dan sokongan daripada dana domestik serta pelaksanaan projek pemangkin utama.\r“Saham yang menghasilkan pulangan (dividen yang baik) bakal menjadi tumpuan jika pasaran serantau kekal lemah,” kata firma penyelidikan itu, sambil menambah bagi tahun ini, sasaran KLCI akhir tahun dijangka berada pada 1,730 mata.\rPilihan saham pulangan tinggi HwangDBS termasuk Boustead Holdings Bhd, Axis-Reit Managers Bhd, Maxis Bhd dan DiGi.com Bhd.\rSementara itu, OSK Research Sdn Bhd berkata selain saham dalam sektor pengguna yang mencatatkan prestasi kukuh pada suku pertama musim perayaan, prestasi sektor lain seperti keluli, pembinaan dan minyak dan gas adalah lemah dalam suku berkenaan kerana bilangan hari bekerja yang kurang.\r\n\n\n\n\rFirma penyelidikan itu mengunjurkan pendapatan meningkat sedikit pada suku kedua, walaupun sektor automotif dan teknologi mungkin masih lemah disebabkan masalah bekalan di Jepun.\rIa menyasarkan KLCI berada pada 1,680 mata pada akhir tahun dan melihat penggabungan dan pengambilalihan di kalangan bank sebagai antara pemangkin untuk mencapainya.

[Posting Asal]                [Kembali ke Berita Rakyat]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-2-2025 09:11 PM GMT+8 , Processed in 0.123483 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list