CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 97|Reply: 0

Ulasan Pasaran: Harga saham ditutup lebih rendah

[Copy link]
Post time 22-6-2011 01:06 PM | Show all posts |Read mode
Pelabur enggan ambil risiko ekoran penyusutan pasaran serantau\rHARGA saham di Bursa Malaysia mengakhiri dagangan pada paras lebih rendah semalam sejajar prestasi menyusut dalam pasaran serantau.\r\n\n\n\n\r  Peniaga berkata saham Asia jatuh manakala pelabur dihantui penjualan habisan di Wall Street kelmarin dan data tidak rasmi daripada ekonomi besar yang mematahkan semangat bagi pengambilan risiko.\r\r\n\n\n\n\n  Katanya, Indeks Komposit Kuala Lumpur FTSE Bursa Malaysia (FBM KLCI), bagaimanapun, beranjak masuk ke dalam lingkungan positif, didorong minat kecil terhadap saham mewah terpilih.  \rFBM KLCI naik 1.62 mata kepada 1,558.04 selepas dibuka 4.49 mata lebih rendah pada 1,551.93. \r“FBM KLCI yang memulakan dagangan pada paras lebih rendah, mencatatkan paras penutupan yang lebih tinggi sedikit kerana pelabur percaya pelaksanaan projek pemangkin utama di bawah Program Transformasi Ekonomi (ETP) akan memacu pertumbuhan,\" katanya. \rBeliau berkata sektor seperti pembinaan, harta serta minyak dan gas bakal menerima manfaat utama projek di bawah ETP. \r\n\n\n\n\rIndeks Kewangan susut 15.659 mata kepada 14,481.48 dan Indeks Perladangan turun 26.54 mata kepada 7,760.98.\rIndeks Perusahaan, bagaimanapun, naik 30.91 mata kepada 2,759.38.\rIndeks FTSE Bursa Malaysia Emas mengukuh 1.79 mata kepada 10,678.16.\rIndeks Ace susut 30.53 mata kepada 4,202.75 dan Indeks Mid 70 17.28 mata lebih rendah pada 11,495.71.\rSaham rugi mengatasi saham untung dengan jumlah 459 berbanding 250 manakala 338 kaunter tidak berubah, 411 tidak diniagakan dan 22 yang lain digantung urus niaga.\rJumlah dagangan mengecil kepada 716.728 juta saham bernilai RM1.483 bilion daripada 795.164 juta saham bernilai RM1.735 bilion kelmarin. \rDalam kalangan saham cergas, KNM susut tujuh sen kepada RM2.01, Ho Wah Genting-Waran turun 7.5 sen kepada 27.5 sen dan Ho Wah Genting jatuh enam sen kepada 43 sen.\rBagi saham mewah, Maybank turun lima sen kepada RM8.72, CIMB susut tiga sen kepada RM8.32 dan Tenaga merosot 11 sen kepada RM6.99.\rBagaimanapun, Sime Darby kekal pada RM9.20.\rJumlah dagangan dalam Pasaran Utama susut kepada 546.389 juta saham bernilai RM1.455 bilion daripada 596.845 juta saham bernilai RM1.706 bilion sebelumnya.\rPasaran ACE mencatatkan penyusutan jumlah dagangan kepada 106.618 juta unit bernilai RM17.049 juta daripada 134.048 juta unit bernilai RM17.075 juta kelmarin.\rNamun, waran bertambah kepada 62.825 juta saham bernilai RM11.398 juta daripada 62.657 juta saham bernilai RM10.788 juta sebelumnya.\rSecara keseluruhan, barangan pengguna menguasai 24.298 juta saham yang diniagakan dalam Pasaran Utama, barangan perusahaan 142.489 juta, pembinaan 30.563 juta, perdagangan dan perkhidmatan 183.712 juta, teknologi 15.691 juta, prasarana 8.914 juta, kewangan 68.77 juta, hotel 456,800, harta 53.903 juta, perladangan 14.511 juta, perlombongan 16,200, REIT 2.953 juta dan dana tertutup 111,700. - BERNAMA

[Posting Asal]                [Kembali ke Berita Rakyat]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-2-2025 08:26 PM GMT+8 , Processed in 0.050153 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list