CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 147|Reply: 0

PETRONAS bangunkan 3 blok gas di Kanada

[Copy link]
Post time 22-6-2011 01:06 PM | Show all posts |Read mode
PETRONAS menerusi anak syarikat milik penuhnya, PETRONAS International Corporation Ltd (PICL) menjalinkan kerjasama dengan syarikat minyak dan gas Kanada, Progress Energy Resources Corporation, bagi membangunkan tiga blok gas di timur laut British Columbia itu.\rMenerusi perjanjian persefahaman (MoU) yang dimeterai kedua-dua pihak itu semalam, PETRONAS berkata, PICL akan menguasai 50 peratus kepentingan kerja dalam tiga blok gas yang dikenali sebagai Altares, Lily dan Kahta itu, dengan pelaburan membabitkan nilai sekitar RM3.32 bilion.\r\n\n\n\n\r  “Aset yang bakal dibangunkan kedua-dua pihak ialah sebidang tanah berkeluasan 60,000 hektar yang dijangka memiliki anggaran sumber gas berjumlah lebih daripada 15 trilion kaki padu,” katanya dalam kenyataan di Kuala Lumpur semalam.\r\r\n\n\n\n\n  PETRONAS berkata, kerjasama itu menandakan bermulanya penerokaan syarikat minyak dan gas nasional itu di Kanada.\rMenerusinya, PETRONAS berkata, selain mempercepatkan pertumbuhan aktiviti huluan kumpulan itu, ia juga akan meningkatkan lagi jumlah nilai eksport gas asli cecair (LNG) dalam negara itu.\r“PETRONAS melihat langkah itu sebagai peluang yang paling menarik kerana ia membuka ruang bagi kumpulan meneroka industri blok gas di Amerika Utara, dan pada masa turut memperkukuhkan lagi kedudukan PETRONAS sebagai peneraju global dalam perniagaan LNG,” katanya.  \rSebagai sebahagian daripada kerjasama itu, PETRONAS berkata, ia dan Progress bersetuju menubuhkan sebuah entiti usaha sama eksport LNG untuk melaksanakan kajian daya maju ekonomi bagi mewujudkan kemudahan eksport LNG bersepadu di barat Kanada.  \r\n\n\n\n \rKatanya, kajian itu akan menyediakan kumpulan berkenaan pilihan alternatif strategik lain selain daripada saluran paip gas tradisional sedia ada di kawasan utara Amerika.\rPETRONAS berkata, dengan MoU itu, kedua-dua pihak juga turut bersetuju  bekerjasama dalam bidang lain yang bakal wujud di kawasan barat Kanada.

[Posting Asal]                [Kembali ke Berita Rakyat]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-2-2025 08:30 PM GMT+8 , Processed in 0.098854 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list