|
DONETSK, Ukraine: Tiga gol lewat menyaksikan barisan kedua Perancis memalukan tuan rumah bersama Euro 2012, Ukraine dalam perlawanan persahabatan untuk melanjutkan rentetan tanpa kalah jurulatih Laurent Blanc kepada sembilan perlawanan.\rKesemua jaringan hadir pada babak kedua ketika Perancis bangkit daripada ketinggalan satu gol - dijaringkan pemain veteran Ukraine, Anatoly Tymoschuk - dengan Kevin Gameiro menyamakan kedudukan dalam penampilan kali keempat, jaringan berganda Marvin Martin pada kemunculan pertamanya dan gol pertahanan, Younes Kaboul yang mengesahkan kemenangan mutlak.\r\n\n\n\n\rTiga gol terakhir hadir pada tiga minit terakhir dengan pemain Sochaux, Martin menyamai legenda Perancis, Zinedine Zidane apabila menjaringkan dua gol pada kemunculan pertamanya.\r\r\n\n\n\n\nBlanc, yang membuat 10 pertukaran terhadap skuad yang beraksi teruk apabila seri 1-1 dalam perlawanan kelayakan Euro bertemu Belarus Jumaat lalu, gembira pasukan kedua itu memberikan pemain senior sesuatu untuk difikirkan.\r“Saya fikir ya, mereka memberikan pemain lain satu peringatan,” kata Blanc.\r“Perlawanan itu adalah persahabatan tanpa sebarang pertaruhan. \r“Kami dalam proses membentuk skuad tetapi perlu ada persaingan kerana jika pemain fikir mereka berada dalam kesebelasan utama, skuad itu tidak akan berkembang.” - AFP
[Posting Asal] [Kembali ke Berita Rakyat] [Pump!]
|
|