|
Raih emas keempat acara 500m Ujian Masa Individu selepas Scratch, Kejar Mengejar, PecutMESKIPUN gagal menyapu bersih kelima-lima emas dalam acara disertainya, pelumba Perlis, Ju Pha Som Net tetap ratu trek pada temasya SUKMA Kuala Lumpur 2011 yang melabuh tirainya di Velodrom Kuala Lumpur, semalam.\rDengan keseluruhan empat emas, pelumba skuad pelapis kebangsaan meraih pingat emas keempat dan terakhirnya dalam acara 500 meter Ujian Masa Individu wanita apabila catatan 39.519 saat yang dilakukan mengatasi pemenang perak dari Sabah, Lauretta Eva Adrian (40.093s) manakala Nurul Ahmar Badeuzzaman (Selangor) di tempat ketiga (40.474s).\r\n\n\n\n\r Namun Ju Pha, 18, yang menyertai acara keirin terpaksa berpuas hati dengan perak apabila Ummi Hamimah Mohamad dari Terengganu muncul juara sambil pelumba Johor, Nurul Sakinah Abd Karim meraih gangsa.\r\r\n\n\n\n\n “Bukan rezeki saya untuk menang emas kelima walaupun satu ketika saya begitu hampir melakukannya. Apapun saya tetap berpuas hati dengan empat emas kerana melebihi sasaran peribadi tiga emas pada SUKMA kali ini,” kata Ju Pha yang cemerlang memenangi emas acara individu yang disertainya - Scratch, Kejar Mengejar dan Pecut.\rPada hari terakhir semalam, Terengganu mendahului pungutan pingat dengan empat emas, dua perak dan empat gangsa manakala Perlis di tangga kedua (4-1-0) dengan semuanya disumbangkan Ju Pha.\rSelangor turut menambah satu emas menerusi Muhammad Elmi Jumari dalam acara 1km Ujian Masa Individu lelaki semalam, di tangga ketiga dengan 3-3-3.\rPelumba Melaka, Muhd Arfy Qhairant yang memenangi emas acara pecut remaja di Kejohanan Berbasikal Asia (ACC) di Korat Februari lalu, akhirnya meraih emas pertamanya apabila mengungguli perlumbaan Keirin, menewaskan pelumba Johor, Mohamad Fakhruddin Daud dan Mohd Fattah Amri Zaid (Kedah).\r\n\n\n\n\rArfy, 18, juga meraih perak acara 1km Ujian Masa Individu dan gangsa Pecut 200 meter.\r“SUKMA kali ini adalah pencapaian terbaik saya dengan satu emas, satu perak dan satu gangsa, masing-masing dalam acara Keirin, 1km Ujian Masa dan Pecut. Apapun emas Keirin ini menjadi emas pertama selepas tiga kali menyertai SUKMA,” kata pelumba kelahiran Masjid Tanah, Melaka itu.
[Posting Asal] [Kembali ke Berita Rakyat] [Pump!]
|
|