CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 210|Reply: 0

Jaket ‘Thriller’ Raja Pop berharga RM1.2 juta

[Copy link]
Post time 22-6-2011 01:07 PM | Show all posts |Read mode
LOS ANGELES: Jaket yang dipakai Raja Pop Amerika Syarikat, Michael Jackson, dalam video muzik ‘Thriller’ akan dijual bulan ini di rumah lelongan di Los Angeles.\rAkhbar Korean Herald melaporkan, jaket kulit berwarna merah dan hitam daripada kulit lembu dengan bahu berkepak dijangka dijual antara AS$200,000 (RM600,510) dan AS$400,000 (RM1.2 juta), kata firma pelelong, Julien Auctions.\r\n\n\n\n\r  Dalam kenyataan kepada media, firma itu memberitahu, jaket Jackson atau ‘MJ’ itu mencetuskan kegilaan fesyen pada 1980-an apabila dipakai untuk album single pada 1982.\r\r\n\n\n\n\n   Album itu terjual sebanyak 110 juta  unit di seluruh dunia, menjadikannya album terlaris dunia.\rJaket itu turut mempunyai tulisan tangan Jackson pada lengannya bermaksud ‘Untuk Bush dan Dennis, Untuk semua kesayanganku, Michael Jackson’, sebagai hadiah kepada pereka pakaiannya  Dennis Tompkins dan Michael Bush.\rHasil jualan jaket itu akan dihantar ke pusat perlindungan haiwan yang menempatkan dua harimau Benggala milik penyanyi itu bernama Thriller dan Shabu, menurut laporan itu.\rLelongan itu turut membabitkan 600 barangan kenangan muzikal legenda pop termasuk Frank Sinatra, Elvis Presley, The Beatles dan Madonna. – Agensi

[Posting Asal]                [Kembali ke Berita Rakyat]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-2-2025 11:48 AM GMT+8 , Processed in 0.066096 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list