CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 136|Reply: 0

Huma sedih skandal suami

[Copy link]
Post time 22-6-2011 01:07 PM | Show all posts |Read mode
Pembantu Hillary  sedia bantu Anthony Weiner tebus kesalahan\rNEW YORK: Pembantu kanan dan orang kepercayaan Setiausaha Negara Amerika Hillary Clinton, Huma Abedin berkata beliau mahu membantu suaminya, ahli Kongres berketurunan Yahudi, Anthony Weiner,  menebus kesalahan selepas mengaku menghantar mesej serta gambar lucah kepada beberapa wanita sejak tiga tahun lalu.\r\n\n\n\n\rSumber rapat berkata, Huma yang menyandang jawatan Timbalan Ketua Pegawai Operasi di Jabatan Negara, tidak menunjukkan kemarahannya  dengan pendedahan skandal suaminya yang terkenal sebagai ‘playboy’ tetapi  amat sedih, terutama kerana beliau kini hamil anak pertama mereka.\r\r\n\n\n\n\n“Huma seorang wanita yang amat  tabah dan tidak menjadikan masalah peribadinya sebagai alasan untuk tidak meneruskan tugas seperti biasa. Beliau kini mengiringi Hillary dalam lawatan ke Asia Barat dan Afrika.\r“Huma mahu membantu suaminya memperbaiki diri dan menebus kesilapannya tetapi   Weiner perlu berusaha gigih untuk memulihkan semula kepercayaannya,” kata  rakan rapatnya.\rDalam sidang akhbar Isnin lalu, Weiner mengakui perbuatannya dan memohon maaf secara terbuka kerana melukakan perasaan Huma selain menyebabkan isterinya dilanda kesedihan.\r“Saya amat menyintai isteri saya dan kami tidak berhasrat untuk berpisah selepas apa yang berlaku,” katanya yang menambah, beliau juga tidak bercadang meletak jawatan, walaupun didesak beberapa anggota Demokrat.\r\n\n\n\n\rHuma tidak bersama Weiner ketika anggota Kongres itu berdepan media, bagaimanapun rakannya berkata  ketiadaannya tidak bermakna beliau tidak menyokong suaminya ketika berdepan krisis.\r“Beliau hanya tidak mahu terikat dengan masalah peribadinya. Beliau perlu pergi untuk meneruskan tugas,” kata rakannya.\rHuma, seorang Muslim, anak  tokoh akademik India, manakala ibunya warga Pakistan, dilahirkan di Michigan tetapi dibesarkan di Arab Saudi mula berkhidmat sebagai penasihat Hillary pada 1996.\rHuma fasih berbahasa Arab dan terkenal dengan kecemerlangan tugas turut memainkan peranan penting membantu Hillary pada  kempen Presiden 2008 sebelum beliau ditukarkan  ke Jabatan Negara.\rBeliau juga membantu Hillary membentuk imej wanita itu sebagai wanita pertama Amerika  yang berdepan skandal kecurangan suaminya Presiden Bill Clinton dengan seorang kakitangan Rumah Putih, Monica Lewinsky.\rBagaimanapun, keadaan kini berubah apabila Hillary pula menjadi ‘penasihat’  Huma bagi menangani masalah rumah tangganya.\rHuma dan Weiner berkenalan ketika kempen presiden Amerika pada 2008, sebelum bertunang pada 2009 dan berkahwin dalam satu upacara sivil pada 10 Julai tahun lalu, pada satu majlis yang dikendalikan Bill Clinton. – AP

[Posting Asal]                [Kembali ke Berita Rakyat]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-2-2025 03:25 AM GMT+8 , Processed in 0.040894 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list