CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 134|Reply: 0

Makan sayur tambah tenaga

[Copy link]
Post time 22-6-2011 01:07 PM | Show all posts |Read mode
Aktres China pakai baju daun salad lancar kempen PETA\rBEIJING: Pakaian   aktres China, Gao Yuanyuan kelihatan seperti boleh dimakan kerana diperbuat daripada daun salad. Gao menggayakannya sebagai usaha kumpulan memperjuangkan hak haiwan, PETA untuk menggalakkan orang ramai makan lebih sayur berikutan peningkatan pengambilan daging di China.\r\n\n\n\n\rDihiasi daun hijau gelap yang tergantung, Gao juga memakai rantai   daripada lada merah.\r\r\n\n\n\n\n“Selepas beralih kepada diet berasaskan sayur, saya rasa lebih ringan,” kata Gao.\r“Ketika memulakan pemakanan berasaskan sayur, memang saya tidak begitu biasa hingga terus mengambil banyak makanan berkanji menyebabkan berat badan turut meningkat. Tetapi, saya rasa lebih bertenaga sekarang kerana  makan lebih banyak sayur,” katanya.\rMengikut sejarah, rakyat China sudah lama mengamalkan diet sayuran tetapi berikutan gaya hidup dan pendapatan yang meningkat di kalangan penduduk kelas pertengahan,  ramai lebih gemar  daging.  \rSecara purata, setiap penduduk China makan 55 kilogram daging setahun.\r\n\n\n\n\rMalah, wakil PETA, Jason Baker, berkata pengambilan daging di kalangan penduduk China meningkat empat kali ganda sejak empat dekad lalu, faktor yang menyebabkan peningkatan masalah kesihatan.\r“Walaupun pengambilan daging per kapita masih rendah berbanding penduduk Barat, ia semakin meningkat termasuk penyakit berkait dengan  pemakanan daging seperti barah dan sakit jantung,” katanya  merujuk  pertambahan ladang penternakan di China.\rBagi orang yang suka makan daging, mereka meragui hujah mengenai pemakanan sayur.\r“Makan lebih banyak sayur bukanlah cara menjaga kesihatan yang seimbang,” kata penduduk Beijing, Wang. – Reuters

[Posting Asal]                [Kembali ke Berita Rakyat]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-2-2025 10:56 PM GMT+8 , Processed in 0.047875 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list