|
Skuad Penyu tekad padam memori duka di Bukit Jalil tewaskan Kelantan\r“KAMI sudah lupakan kekalahan itu”. Itulah kata-kata bersemangat diluahkan ketua jurulatih Terengganu, Irfan Bakti Abu Salim yang bersifat optimistik betapa skuad bimbingannya mampu menjulang megah Piala FA buat kali kedua selaku juara baru menumbangkan pilihan hangat, Kelantan, malam ini.\r\n\n\n\n\r “Ada dikalangan pemain kami agak keletihan dengan persiapan mental yang kurang bersedia. Namun, kami sudah lupakan kekalahan itu,” katanya merujuk kekalahan 3-0 pada perlawanan Liga Super, Isnin lalu. \r\r\n\n\n\n\n Namun, sekalipun penuh bersemangat, ada nada kurang senang dilemparkan pengendali kelahiran Kelantan itu pada sesi latihan di Stadium Nasional Bukit Jalil, semalam di mana skuad Kelantan dilihat turun lebih awal seakan menilai corak permainan anak buahnya.\r“Kami sudah berlatih semalam namun perlu mengemaskan hari ini. Jadi saya berasa agak sedih kerana persiapan terakhir kami tidak dapat disempurnakan kerana situasi itu,” katanya. \r“Kami mempunyai perancangan melakukan latihan sepakan penalti namun ia akan sedikit terencat kerana itu,” katanya di mana dalam empat daripada lima pertembungan final sebelum ini diakhiri dengan penalti.\rBegitupun, Irfan tetap yakin Terengganu mampu menjulang piala, terutama dengan kehadiran kembali dua tonggak utamanya ke dalam pasukan pada final kali ini.\r\n\n\n\n\r“Dua pemain yang tidak beraksi tempoh hari, Mohd Ashaari Shamsuddin dan Mohd Zubir Azmi akan kembali beraksi bersama kami kali ini dan ia pasti akan menguatkan jentera serangan serta pertahanan kami pada perlawanan ini nanti,” katanya.
[Posting Asal] [Kembali ke Berita Rakyat] [Pump!]
|
|