CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 111|Reply: 0

Tidak perlu publisiti murah

[Copy link]
Post time 22-6-2011 01:07 PM | Show all posts |Read mode
Neelofa selesa berdiam diri ketika dilanda pelbagai kontroversiNYALAAN sumbu kerjaya seninya bernafas bersama kontroversi. Sejak menjejakkan kaki ke gelanggang seni,  Noor Neelofa Mohd Noor, atau Lofa lebih banyak berkisar kepada kisah peribadi.  Neelofa juga pernah dilabelkan sebagai perampas apabila didakwa menjadi punca keretakan hubungan pasangan kekasih Shahz Jaszle dan Maria Farida. Terbaru dia dikatakan mempunyai masalah dengan pelakon Nur Fazura gara-gara menjaja kisah cintanya dengan seorang kerabat, sekali gus mengheret nama Fazura dalam cerita peribadinya. Tindakan itu membuatkan Fazura bengang, sekali gus meminta supaya dia tidak lagi dikaitkan dengan urusan peribadi Neelofa memandangkan dia tidak pernah mengenali pelakon itu seperti yang tersiar dalam Hip, 10 Jun lalu.\n\n\n\n    Segala cerita negatif yang tersebar membabitkan pelakon baru itu membuatkan ramai yang sangsi, apa tujuan sebenar Neelofa menceburkan diri dalam bidang seni? Apakah dia menjual bakat atau lebih bersandarkan kepada cerita sensasi, supaya dia boleh mendaki tangga populariti dalam masa yang pendek.\n\n\n\n\nBagaimanapun, biar sehebat manapun virus gosip itu bertebaran, namun kata Neelofa, tiada satu pun yang menjangkiti dirinya. Malah semua cerita buruk mengenai dirinya itu tidak pernah menjadi kudis buatnya kerana dia tahu, dia berada di pihak yang benar.“Lofa tidak pernah menjaja cerita yang Lofa mempunyai hubungan dengan kerabat dan membabitkan nama Fazura dalam cerita Lofa itu. Lofa juga tiada sebarang masalah dengan pelakon itu. Apa yang berlaku sebenarnya gosip semata-mata. Sejujurnya, Lofa sudah malas hendak ambil kisah mengenai perkara itu kerana Lofa memang tidak melakukannya.“Seperti juga gosip yang me?nuduh Lofa seorang perampas sebelum ini, Lofa lebih selesa membiarkan saja. Lama-kelamaan cerita itu senyap begitu saja dan akhirnya terbukti siapa salah dan siapa yang benar,” katanya.Begitupun ramai sebenarnya yang sangsi apakah cerita negatif yang timbul ini sebenarnya strategi Neelofa untuk mengecapi populariti secara murahan. Apakah dia membiarkan diri menjadi mangsa gosip dan juga mendedahkan kisah peribadi supaya dikenali dengan lebih cepat.\n\n\n\n“Untuk apa Lofa berbuat begitu? rasanya tak perlu kerana sebelum Lofa terjun dalam lakonan, Lofa pernah memenangi pertandi?ngan Dewi Remaja dan gelaran itu mampu membawa Lofa ke bidang ini. Malah Lofa juga sudah ada beberapa produk seperti filem Azura The Movie, drama Kitab Cinta serta bernaung di bawah pengurusan KRU. Jadi Lofa tak perlukan publisiti murahan seperti ini,” tegasnya.Bersandarkan wajah jelita dan status sebagai selebriti, pastinya ramai jejaka menaruh hati pada pelakon ini dan bercita-cita untuk memiliki?nya. Namun rasanya bukan calang-calang lelaki mampu mendekati gadis berusia 22 tahun ini. Kalau bukan hartawan atau golongan bangsawan, jangan bermimpi untuk menghampiri.“Lofa bukanlah mencari teman lelaki yang kaya raya ataupun berstatus tinggi. Apa yang penting, lelaki itu mestilah disukai oleh ibu saya. Bagi saya, kalau ibu merestui hubungan itu, lelaki itulah yang akan menjadi calon suami saya. Tapi jika ibu Lofa tidak berkenan dengan calon pilihan Lofa itu, Lofa rela memutuskan hubungan dengannya,” tegas gadis berbintang Aquarius ini.Lebih suka bergekar pengacaraWALAUPUN tawaran untuk berlakon tak henti-henti bertandang, namun kata Neelofa, dia sebenarnya lebih mencintai bidang pengacaraan. Justeru tawaran daripada pihak KRU Studios untuk dia mengendalikan program Paparazi diterima tanpa banyak soal bicara.“Hakikatnya, Lofa memang meminati bidang pengacaraan dan apabila pihak KRU Studios menawarkan Lofa sebagai pengacara Paparazi, Lofa menjadi cukup teruja. Memang dari dulu lagi Lofa mengintai peluang ini. Bagaimanapun peluang ini hanya tercapai selepas Lofa terbabit dalam bidang lakonan. Tak mengapalah, itu namanya rezeki,” ceritanya.Biarpun masih baru dalam bidang itu, Neelofa berkata, semua pengalaman yang bakal dikutip ketika mengendalikan program berbentuk hiburan itu akan digunakan sebagai batu loncatan untuknya menjadi pengacara program berita hiburan terkenal di rantau Asia iaitu E! News Asia.“Memang Lofa bercita-cita untuk menjadi pengacara program itu. Manalah tahu jika rezeki berpihak kepada Lofa satu hari nanti. Jadi buat masa ini, biarlah Lofa kumpul pengalaman terlebih dulu,” katanya.Bukan saja darah seni yang mengalir dalam tubuh penyanyi ini, tetapi dia juga mewarisi bakat berniaga dari kedua-dua orang tuanya. Disebabkan minatnya terhadap kasut cukup mendalam, Neelofa mengusahakan perniagaan berkenaan dan ia bermula secara kecil-kecilan, iaitu dijual secara online.“Sebelum ini Lofa hanya menjalankan perniagaan secara kecil-kecilan iaitu menerusi online saja. Tetapi selepas melihat perniagaan itu mendapat sambutan, Lofa me?rancang untuk memperluaskan lagi perniagaan itu dan juga membuat penjenamaan semula. Insya-Allah, jika tiada aral melintang, Lofa me?rancang untuk memperkenalkan kasut jenama sendiri,” ceritanya, yang turut merancang membuka kedai sendiri di bawah jenama Neelofa.

[Posting Asal]                [Kembali ke Berita Rakyat]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-2-2025 07:40 AM GMT+8 , Processed in 0.059713 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list