CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 165|Reply: 0

Janji perbaiki mutu program

[Copy link]
Post time 22-6-2011 01:07 PM | Show all posts |Read mode
RTM sentiasa terima pandangan khalayak demi tingkat kualiti produk\rRADIO Televisyen Malaysia (RTM) tidak pernah mengabaikan, bahkan cukup menghargai setiap teguran khalayak penonton terhadap corak persembahan mahupun isi kandungan sesebuah rancangan siarannya.\r\n\n\n\n\rSetiap teguran atau pandangan penonton dilihat sebagai kunci kepada peningkatan kualiti segala bentuk produk keluaran RTM yang akhirnya akan disajikan juga kepada penonton.\r\r\n\n\n\n\nBaru-baru ini, Normah Becok menerusi ruangan Dengarnya dalam akhbar ini menyiarkan rungutan penonton saluran berkenaan yang kurang berpuas hati dengan mutu penerbitan program Bakat TV, yang dianjurkan kembali selepas 25 tahun. \rMalah program berkenaan yang boleh dianggap antara pencetus kepada program realiti hari ini, dikatakan seakan penerbitan yang sekadar melepaskan batuk di tangga.\rPengarah Bahagian Program TV RTM, Suhaimi Jamalim berkata, pihaknya akan melihat kembali secara menyeluruh perjalanan penerbitan program itu daripada setiap aspek, malah berjanji akan mempertingkatkan kualiti sekiranya gangguan itu berpunca daripada pihaknya sendiri.\r“Jika benar seperti yang didakwa, masalah yang timbul ada kemungkinan disebabkan sistem pemancar yang menerima gangguan, lebih-lebih lagi apabila RTM masih menggunakan sistem analog. Saya melihat apa yang dikatakan suram itu mungkin bukan disebabkan sistem pencahayaan seperti yang diperkatakan dalam ruangan gosip itu, tetapi mungkin juga disebabkan pergerakan dan olahan program itu menampakkan ia agak perlahan.\r\n\n\n\n\r“Pihak kita sentiasa memantau setiap penerbitan TV dan mempunyai garis panduan mengikut gred dalam menentukan kualiti setiap penerbitan. Sekiranya ini benar-benar berlaku, saya berjanji akan memperbaiki mutu penerbitannya mengikut teguran penonton,” katanya yang dihubungi Hip baru-baru ini.\rTidak kira apa yang ingin diperkatakan penonton mengenai kekurangan program RTM, pihaknya menerima teguran itu sebagai maklumat berguna untuk membantu RTM lebih mendekati penonton.\r“Kami menerima apa saja teguran daripada sesiapa saja mengenai kelemahan dan kekurangan pada setiap program yang kami terbitkan. Mereka berhak menegur sekiranya apa yang dirasakan itu tidak memenuhi kehendak mereka. Kami pula akur, malah akan membaikinya dengan sebaik mungkin,” katanya.\rMelangkaui zaman yang serba berteknologi tinggi ini, semua stesen televisyen kini berlumba-lumba menerbitkan pelbagai bentuk program realiti, namun Bakat TV masih dilihat seperti mula-mula ia diterbitkan dulu.\rPersoalan itu juga diakui Suhaimi yang melihat objektif Bakat TV diterbitkan cukup berbeza dengan penerbitan program realiti daripada stesen lain, yang bertujuan mencari bakat asli. Namun pada masa yang sama dia tidak menidakkan pendekatan dilakukan stesen lain cukup berkesan menarik penonton.\r“Jika hendak dibandingkan dengan program realiti stesen sahabat kita memang berbeza. Kita lebih kepada pencarian, begitu juga dengan kaedah ulasan pengkritik yang lebih menjurus kepada profesionalisme dan membantu peserta meningkatkan keyakinan mereka.\r“Kita akui yang stesen lain menekan aspek promosi yang dilakukan secara ‘on the ground’ dengan mendekati penonton melalui karnival yang dianjurkan. Cara itu memang diakui berkesan dan pihak RTM kini juga sedang ke arah yang sama.\r“Pihak pemasaran RTM juga kini dalam rangka melaksanakan promosi pelbagai program TV yang akan diselitkan menerusi kempen kerajaan. Kita akan membawa mana-mana program terbitan RTM yang bersesuaian untuk diuar-uarkan kepada masyarakat di setiap lokasi ia diadakan,\" katanya.\rBakat TV melahirkan ramai artis yang kini masih bertahan di dalam industri hiburan, antaranya Salamiah Hassan, Datuk Jamali Shadat, AR Badul, Mr.Os dan Razak Rahman. Kini, edisi baru program itu mula disiarkan 29 Mei lalu, pada setiap Ahad jam 9 malam menerusi TV2.

[Posting Asal]                [Kembali ke Berita Rakyat]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-2-2025 07:29 AM GMT+8 , Processed in 0.228072 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list