CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 226|Reply: 0

Bisnes Dunia: Saham Asia didagang lebih rendah

[Copy link]
Post time 22-6-2011 01:07 PM | Show all posts |Read mode
Pengukuhan yen jejaskan Tokyo\rSAHAM Asia kebanyakannya didagangkan lebih rendah semalam susulan kerugian  di Wall Street sementara Tokyo juga turut terjejas ekoran faktor pengukuhan yen, manakala Shanghai menjunam di tengah kebimbangan terhadap ekonomi China.\r\n\n\n\n\r  Tokyo susut 0.70 peratus, atau 66.23 mata kepada 9,448.21, Shanghai kurang 0.94 peratus tengah hari semalam dan Hong Kong turun 0.64 peratus.  \r\r\n\n\n\n\n  Seoul, bagaimanapun, meningkat 0.10 peratus, atau 2.07 mata kepada 2,048.74, berjaya mengatasi kerugian bagi tujuh sesi berturut-turut, manakala Singapura mencatat kerugian 0.50 peratus. Saham Sydney ditutup kerana hari cuti umum. \rPasaran terus menunjukkan aliran penurunan berikutan peningkatan kebimbangan peniaga terhadap ekonomi global, dengan perangkaan Amerika Syarikat (AS) yang memberi tanda kelembapan dalam pemulihan manakala, pertumbuhan di China juga menunjukkan penurunan.   \rDi pasaran Wall Street Jumaat lalu, Dow Jones susut 1.42 peratus, S&P 500 turun 1.40 peratus dan Nasdaq jatuh 1.53 peratus.\rSaham Dow Jones mencatatkan kerugian bagi tempoh enam minggu berturut-turut untuk kali pertama sejak 2002. \r\n\n\n\n\rIa susulan pengumuman perangkaan pekerjaan dan pengilangan terbaru yang menunjukkan ekonomi negara itu semakin lemah.\rDi pasaran Tokyo, pengeksport kurang memasuki pasaran kerana pengukuhan yen berbanding euro di sebalik kebimbangan terhadap krisis hutang kerajaan di Eropah.\r“Tahap euro kini adalah terlalu tinggi bagi kami,” kata Ahli Ekonomi Pasaran Bahagia Pertukaran Mata Wang Mizuho Corporate Bank, Daisuke Karakama.\rSaham Nikkei juga terjejas susulan kerugian 2.42 peratus oleh Toyota Motor, yang dijual selepas ramalan keuntungan bersih bagi tahun kewangan fiskal berakhir 31 Mac mengenai kejatuhan 31 peratus kepada 280 bilion yen, lebih rendah daripada ramalan penganalisis. \rBagi pasaran lain, saham Taipei menjunam 1.41 peratus, atau 124.87 mata kepada 8,712.95.\rSaham pengeluar telefon pintar terkemuka, HTC, juga menjunam tujuh peratus kepada Tw$1.09 manakala Taiwan Manufacturing Co adalah 0.8 peratus lebih rendah pada Tw$74.7.  \rManila meraih 1.14 peratus, atau 48.04 mata, kepada 4,171.54.\rSaham Metropolitan Bank & Trust susut 0.9 peratus pada 68.50 pesos dan SM Investments juga susut 0.4 peratus kepada 538 pesos, manakala Philippine Long Distance Telephone turun 0.1 peratus kepada 2,298 pesos.\rWellington susut 0.40 peratus, atau 13.94 mata kepada 3,476.68. – AFP

[Posting Asal]                [Kembali ke Berita Rakyat]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-2-2025 08:39 PM GMT+8 , Processed in 0.221667 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list