CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 254|Reply: 0

Vietnam, China makin tegang

[Copy link]
Post time 22-6-2011 01:07 PM | Show all posts |Read mode
Latihan tentera di Laut China Selatan hangatkan perbalahan rebut wilayah \rHANOI: Vietnam semalam memulakan latihan ketenteraan di Laut China Selatan, langkah dilihat penganalisis akan menyemarakkan lagi pertelagahan wilayah dengan Beijing.\r\n\n\n\n\rIsu pertelingkahan membabitkan kedaulatan wilayah di dua kepulauan kaya minyak berulang semula menyusul konfrontasi terbaru yang menyebabkan hubungan kedua-dua negara berada pada tahap paling tegang.\r\r\n\n\n\n\n“Angkatan laut Vietnam memulakan latihan dengan melepaskan tembakan  jam 8 pagi waktu tempatan dan berakhir pada jam 12 tengah hari,” kata seorang pegawai angkatan laut di bandar raya Danang yang enggan mendedahkan nama.\rBeliau berkata, latihan dijalankan di sekitar pulau Hon Ong, kira-kira 40 kilometer dari wilayah Quang Nam.\rLatihan kedua membabitkan tembakan peluru hidup dan berterusan selama enam jam dijangka dimulakan pada jam 6 petang, sebahagian daripada apa yang disifatkan kementerian luar negara itu sebagai ‘latihan tahunan biasa’.\r“Saya tidak dapat mendedahkan jumlah kapal Vietnam yang menyertai latihan ini, tetapi kami melepaskan tembakan senjata api dan bukan peluru berpandu,” kata pegawai itu lagi.\r\n\n\n\n\rSeorang penganalisis Vietnam, di Institut Kajian Asia Tenggara di Singapura, David Koh, berkata latihan dijalankan Hanoi meningkatkan lagi ketegangan di Laut China Selatan.\r“Bagaimanapun, saya tidak fikir ada banyak pilihan sekarang,” kata Koh yang meramal ‘konfrontasi di laut’  berlaku berikutan latihan itu.\rVietnam mendakwa latihan dilakukan di dalam lingkungan 200 batu nautika zon ekonomi negara itu.\rKetegangan juga berlaku di antara China dan Filipina, sebuah lagi negara yang menuntut kepulauan Spratly, di mana Malaysia, Brunei dan Taiwan juga mendakwa mempunyai hak. – AFP

[Posting Asal]                [Kembali ke Berita Rakyat]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-2-2025 04:01 AM GMT+8 , Processed in 0.123768 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list