CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 268|Reply: 0

Google ambil alih Admeld pertingkat pendapatan iklan

[Copy link]
Post time 22-6-2011 01:07 PM | Show all posts |Read mode
GOOGLE Inc memeterai perjanjian untuk mengambil alih Admeld, perkhidmatan yang membantu laman web untuk menjana pendapatan daripada pengiklanan dalam talian.\rPerjanjian yang diumumkan kelmarin itu membolehkan Google menambah satu lagi ‘senjata’ berharga untuk aktiviti pengiklanannya.\r\n\n\n\n\r  Google menjana pendapatan paling tinggi daripada pengiklanan di internet dengan jumlah pendapatannya dijangka melepasi AS$30 bilion tahun ini, lebih tinggi daripada keseluruhan industri akhbar.\r\r\n\n\n\n\n  Bagi tujuan itu, cadangan pengambilalihan Admeld akan diteliti dari segi peraturan dengan lebih terperinci berbanding kebanyakan urusan bersaiz besar lain.\rSyarat kewangan dalam perjanjian itu tidak disiarkan, suatu petunjuk bahawa  Google tidak membayar pada harga yang cukup tinggi bagi urus niaga itu untuk dikatakan sebagai peristiwa kewangan utama.   \rDiasaskan tiga tahun lalu, Admeld adalah sebuah entiti swasta mempunyai 100 kakitangan berpangkalan di New York dengan empat cawangan masing-masing di San Francisco, London, Berlin dan Toronto.     \rSyarikat itu memberi tumpuan kepada kempen pemasaran khususnya mempromosikan jenama dan secara umumnya menggunakan imej dalam strategi perniagaannya.   \r\n\n\n\n \rSuruhanjaya Perdagangan Persekutuan Amerika Syarikat (FTC) memperuntukkan selama setahun dalam memperincikan persetujuan DoubleClick yang menjadi sumber pendapatan terbesar Google selama 13 tahun.\rGoogle mewujudkan paparan perniagaan pengiklanan sebagai tambahan dominasi dalam pencarian di internet dan iklan berasaskan teks yang selari dengan keputusan carian disertai kandungan web lain.  \rMenurut IDC, kepelbagaian strategi oleh Google menghasilkan kejayaan dalam segmen paparan pengiklanan jangka panjang yang sebelumnya dikuasai Yahoo Inc, dalam tiga bulan pertama tahun ini.\rIDC mengunjurkan 14.7 peratus penguasaan paparan pengiklanan dalam talian AS dalam suku pertama, diikuti Yahoo dengan penguasaan 12.3 peratus dan laman sosial, Facebook pada unjuran 8.8 peratus.       \r“Dengan Admeld, kami akan memaparkan paparan pengiklanan yang ringkas, lebih cekap dan bernilai,” kata Naib Presiden Google, Neal Mohan.

[Posting Asal]                [Kembali ke Berita Rakyat]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-2-2025 08:30 PM GMT+8 , Processed in 0.797036 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list