|
Dipadankan daripada petikan dialog filem Hantu Kak Limah Balik Rumah\rPENGARAH terkenal dengan genre filem berunsur komedi, Mamat Khalid, akan tampil dengan karya terbaru iaitu drama bersiri 13 episod bertajuk \'Cer Citer\' yang bakal ditayangkan di saluran Astro Warna, 11 Ogos depan.\r\n\n\n\n\rDrama itu yang masih mengekalkan genre komedi seram dan berdurasi setengah jam bagi setiap episod itu sudah memulakan penggambarannya pada 17 Mei lalu.\r \r\n\n\n\n\nMalah, pengarah filem kutipan pecah panggung, Hantu Kak Limah Balik Rumah (HKLBR) itu masih memilih Perak sebagai lokasi penggambaran termasuk di Pulau Pangkor serta beberapa daerah lain.\rMamat berkata, selepas kira-kira 15 tahun tidak terbabit dalam kerja pengarahan drama, beliau memikul tanggungjawab untuk menghasilkan karya \'Cer Citer\' selepas diberi peluang oleh Astro untuk mengarahkan drama berkenaan selain bertindak sebagai penulis skrip.\r\"Setiap episod yang dipaparkan akan menampilkan kisah seram yang berbeza serta judul berlainan seperti Cer Citer, Ambulanku, Pak Man Degil, Che Embun, Penumpang Malam, Keluhanku dan Check-In.\r\"Siri drama ini tetap menampilkan beberapa pelakon sama yang saya tampilkan dalam filem diarahkan sebelum ini termasuk Man Kadir (Pak Jabit), Syed Mohamad Asri (Usop Wilcha), Delimawati, Pekin, Dewa dan Sofi Jikan serta pelakon popular lain seperti Rashidi Ishak dan Jue Aziz,\" katanya ketika ditemui pada majlis tayangan salah satu siri drama berkenaan kepada media, di sini, semalam.\r\n\n\n\n\rHadir sama Ketua Pegawai Eksekutif Institut Darul Ridzuan (IDR), Aminuddin Hashim dan Penerbit Eksekutif Nagaavxs, Norhafizah Mohamed serta Usop Wilcha.\rBeliau berkata, siri drama berkenaan adalah projek terbarunya sebaik selesai menjalani penggambaran filem Husin, Mon dan Jin Pakai Toncit iaitu sekuel filem HKLBR pada Februari lalu.\r\"Saya masih mengekalkan genre komedi seram dalam siri drama itu selepas mendapat sambutan peminat filem terhadap konsep sebelum ini. Lagipun, setiap kisah seram yang dipaparkan mempunyai nilai moral tersendiri dan banyak mempersendakan hantu bagi setiap episod yang dihasilkan,” katanya.\rKetika menceritakan mengenai projek filem terbarunya, Mamat berkata, empat lagi penggambaran filem akan dibuat tahun ini termasuk sekuel Rock iaitu Rock 2 - Rimba Bara Kembali, Abie dan Bhabjan Lawan Han... , Usop Wilca & Werewolf Dari Bangladesh dan Lebuh Raya Ke Neraka.\r\"Saya masih mengekalkan penggambaran filem Rock 2 di Trong, Taiping yang dijalankan bermula pada 18 Jun, malah tiga filem lain juga akan menjalani penggambarannya di beberapa kawasan di Perak.\rSementara itu, Aminuddin berkata, pihaknya bersedia bekerjasama dengan setiap pengarah filem yang mahu menjalankan penggambaran di negeri ini kerana melihat industri kreatif seperti perfileman mempunyai potensi besar untuk menjana pendapatan kepada masyarakat selain membantu melahirkan ikon disegani seperti Mamat Khalid.\r\"Kami amat berterima kasih kepada Mamat Khalid kerana sering memilih negeri ini sebagai lokasi penggambaran filemnya. Ini sekali gus membantu mempromosikan Perak sebagai tumpuan pelancongan utama negara selain pusat membangunkan industri kreatif,\" katanya.
[Posting Asal] [Kembali ke Berita Rakyat] [Pump!]
|
|