CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 119|Reply: 0

Carrefour Market seluruh negara

[Copy link]
Post time 22-6-2011 01:07 PM | Show all posts |Read mode
Dengan keluasan lebih kecil, ia menawarkan barang keperluan harian\rCARREFOUR Malaysia akan membuka lebih banyak cawangan Carrefour Market di pusat bandar di seluruh negara dalam tempoh dua tahun ini bagi memenuhi pertambahan permintaan pelanggan terhadap kualiti jenama pasar raya itu.\r\n\n\n\n\r  Pengarah Komunikasi dan Pemasarannya, Low Ngai Yuen, berkata pemilihan pusat bandar khususnya berhampiran dengan kawasan kediaman sebagai fokus utama bagi memudahkan ia menawarkan barangan keperluan harian serta produk segar.\r\r\n\n\n\n\n  Katanya, fokus pembukaan lebih banyak cawangan Carrefour Market disebabkan saiznya lebih kecil dengan keluasan kira-kira 3,000 meter persegi berbanding pasar raya hyper (lebih 5,000 meter persegi) selain ia hanya menawarkan barangan keperluan harian pengguna. \r“Setakat ini tiga Carrefour Market beroperasi di Lembah Klang dan Kuala Lumpur iaitu masing-masing di USJ 19, Bangsar South dan Pandan, sementara satu di Pulau Pinang akan dibuka bulan ini,” katanya pada sidang media selepas menyaksikan majlis menandatangani perjanjian antara Carrefour dan Low Yat Group, di Kuala Lumpur, semalam.\rPerjanjian itu dimeterai antara Pengarah Serantau Carrefour Malaysia dan Singapura, Stephane Coum dan Pengarah Eksekutif Low Yat Group, Low Su Ming. \rMenerusi perjanjian itu, Carrefour yang kini mengendalikan 25 pasar raya besar di seluruh negara dengan 22 daripadanya adalah pasar raya hyper, akan membuka cawangan kelima Carrefour Market pada suku pertama 2012. \r\n\n\n\n\rCawangan itu adalah di kompleks Riverwalk Village, Rivercity, Jalan Ipoh, Kuala Lumpur dengan keluasan lokasi perniagaan 35,000 kaki persegi yang dibangunkan Low Yat Group.\rKehadiran Carrefour itu dilihat dapat merancakkan lagi perniagaan di sekitar Jalan Ipoh selain dapat meningkatkan akses penduduk setempat berbelanja.\rRivercity dengan keluasan keseluruhan 220,000 kaki persegi mula dibina 2008 itu, dijangka siap suku pertama 2012.\rIa akan menjadi mercu tanda kepada perniagaan Low Yat Group selain ia dibina di lokasi maju dengan kepadatan penduduk lebih 300,000 keluarga serta menempatkan kemudahan lain seperti pusat perniagaan, kolej dan sekolah. \rMengulas perkembangan itu, Su Ming berkata, 65 peratus daripada ruang pejabat dan perniagaan menerusi projek berkonsepkan kampung bernilai RM40 juta itu sudah ditempah setakat ini.\r“Jumlah ini akan terus meningkat selepas termeterainya perjanjian dengan Carrefour, ” katanya.\rBeliau berkata, pembinaan Riverwalk Village yang menjadi sebahagian daripada projek Rivercity itu diterapkan dengan struktur binaan era kegemilangan Art Deco dan terkini menerusi gabungan binaan bersejarah dan kemudahan moden, selaras konsep kumpulan itu mengubah kawasan terbabit sebagai hab baru bandar itu.\r“Dengan penyertaan agresif daripada pemaju hartanah dan usaha majlis bandaraya membangunkan Jalan Ipoh, kami percaya bahawa ia akan menjadi hab baru bandar dengan nilai tersendiri,” katanya.\r

[Posting Asal]                [Kembali ke Berita Rakyat]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-2-2025 08:44 PM GMT+8 , Processed in 1.476286 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list