|
Kerajaan agihkan wang ehsan RM4.7 juta galakkan karya lebih bermutu\rSERAMAI 11 pembikin filem menerima wang ehsan kerajaan berjumlah lebih RM4.7 juta sempena Malam Penghargaan Industri Perfileman yang berlangsung kelmarin. Wang berkenaan disampaikan Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Utama Dr Rais Yatim.\r\n\n\n\n\rBantuan Khas Produksi Perfileman itu diberikan kepada kesemua 29 filem yang diterbitkan tahun lalu bagi memberi galakan kepada produser berkuat kuasa Julai ini. \r\r\n\n\n\n\nKesemua 11 produksi yang menerima wang ehsan berkenaan ialah Zoss Film Sdn Bhd (Crayon), Big Production Sdn Bhd (Andartu Terlampau), Julian Cheah Pictures (M) Sdn Bhd (Killer Clown), Galaksi Seni Sdn Bhd (Momok The Movie), De Baron Sdn Bhd (Jalang), Tayangan Unggul Sdn Bhd (Appalam), Skop Production (Evolusi KL Drift, Evolusi KL Drift 2, Bohsia: Jangan Pilih Jalan Hitam) dan Primeworks Studios Sdn Bhd (4 Madu, Janin, Skrip 7707, 2 Hati 1 Jiwa, Hooperz, Gong, Sepi, Otai, Talentime).\rTurut menerimanya ialah SDAF Pictures (M) Sdn Bhd (Lu Pikir Sendiri de Movie), Asia Tropical Films Sdn Bhd (Ice Kacang Puppy Love), KRU Studios Sdn Bhd (Magika, Jin Notti, My Spy, Cicakman 2: Planet Hitam, Duyung) dan Metrowealth Pictures Sdn Bhd (Ngangkung, Damping Malam, Aku Masih Dara).\rRais dalam ucapannya berkata, industri tidak boleh bergantung kepada cara lama lagi. Oleh sebab itu wang ehsan dicadangkan bagi membantu penerbit filem berikutan pemberhentian pembayaran balik duti hiburan. \rPemberian wang ehsan itu adalah bagi menggalakkan lagi pembikin filem untuk terus menghasilkan karya yang baik. Apatah lagi apabila melihat industri perfileman kian berkembang. Sehingga Jun ini saja, industri perfileman sudah memungut sebanyak RM48 juta dan angka itu dijangka meningkat sehingga RM100 juta sehingga penghujung tahun ini.\r\n\n\n\n\rGaris panduan pemberian wang ehsan adalah, bagi kutipan tiket dari RM2 juta hingga RM4 juta, insentif yang akan diberikan ialah sebanyak 10 peratus. Bagi kutipan RM2 juta ke bawah, setiap penerbit bakal menerima 10 peratus daripada kutipan atau jumlah kos 40 salinan maksimum. \rManakala bagi kutipan filem yang mencecah RM4 hingga RM 6 juta, pembikin bakal menerima insentif sebanyak 5 peratus. Sementara setiap filem yang berjaya mencatat kutipan melebihi RM 6juta, produser akan diberi insentif sebanyak RM500 ribu.\r\"Apa yang harus kerajaan bantu, kita akan cuba bantu. Dana Pinjaman bernilai RM50 juta sudah berakhir. Dana sebanyak RM200 juta juga sudah hampir habis. Penerbitan filem pula, kian lama kian meningkat. Pada 2008 sebanyak RM 44 juta kutipan diperolehi, tahun 2009 meningkat kepada RM 50 juta, tahun lalu melonjak lagi sehingga RM 86 juta.\r\"Produser kita juga semakin bijak menghasilkan filem yang bagus dan menarik perhatian generasi yang ditumpukan, seperti KL Gangster yang sudah pun memungut RM 8 juta (selepas seminggu tayangan). Oleh itu, apabila wang duti hiburan diberhentikan, ia tentunya menyukarkan produser. Jadi wang ehsan ini diwujudkan supaya mereka boleh menghasilkan lebih banyak karya terbaik,\" kata Rais.\rTurut hadir pada majlis berkenaan ialah Timbalannya, Datuk Joseph Salang; Ketua Setiausaha Kementerian Penerangan, Datuk Seri Kamaruddin Siaraf; Seniman Negara, Tan Sri Dr Jins Shamsudin dan Datuk Dr Ahmad Nawab; serta Ketua Pengarah Finas, Mohd Mahyidin Mustakim.\rRais juga berkata, pihaknya kini sedang mengkaji penggubalan Seksyen 6 yang terkandung di dalam Akta Finas di mana sebelum ini Finas tidak dibenarkan menghasilkan filem mahupun dokumentari, seperti yang sudah pun dilakukan bersama saluran National Geographic, History Channel dan Discovery Channel. Katanya, pihaknya akan mencari jalan bagaimana untuk menggubal akta berkenaan supaya pembikin filem dapat bernaung di bawah Finas kelak.\rPenggubalan akta itu sebenarnya ada pada klausa 34 (A) yang mana menteri boleh mengecualikan mana-mana akta untuk semua arca bergerak tidak kira dokumentari, animasi, drama, filem pendek dan sebagainya. Jika akta seksyen 6 dipinda, pembikin filem dapat melangkah lebih jauh dengan menghasilkan filem dan dokumentari yang lebih berkualiti setaraf filem antarabangsa.\rPerkenal sistem elak tipu pungutan\rSEMENTARA itu, Mahyidin berkata, beberapa pindaan lagi akan dilakukan seperti pemberian tiga lesen serentak iaitu lesen produksi, pengedaran dan tayangan. Sebelum ini, hanya dua daripada tiga lesen berkenaan diberikan Finas, tetapi mereka bercadang membenarkan individu yang berminat untuk memiliki ketiga-tiga lesen berkenaan. Bagaimanapun kajian masih lagi sedang dilakukan untuk memastikan penggubalan itu relevan.\r\"Kita menggubal syarat yang sebelum ini ditetapkan kerana ingin menghasilkan satu persekitaran yang dapat menggalakkan lagi pembangunan industri perfileman tanah air. Sebelum ini sesiapa yang sudah memiliki dua lesen itu tidak dibenarkan mengambil lesen ketiga. Bagaimana kita sedang mengkaji untuk memberikan ketiga-tiga lesen dalam satu masa kepada mereka yang berminat.\r\"Kita juga berkemungkinan mewujudkan e-Lesen supaya mereka yang ingin memohon dan memperbaharui lesen mereka tidak perlu bersusah payah datang ke Finas untuk membuat pembaharuan. Dengan kewujudan e-Lesen, semuanya boleh diselesaikan dalam masa sehari melalui online.\r\"Selain itu Finas juga sedang mengkaji untuk mewujudkan e-online, di mana setiap tiket yang dibeli akan masuk ke data Finas secara automatik. Melalui sistem itu, kita dapat memantau jumlah kutipan tiket bagi mengelakkan penipuan berhubung jumlah kutipan tiket,\" katanya.\rPada majlis Malam Penghargaan Industri Perfileman itu, Rais turut melancarkan buku Legasi Datuk Dr Ahmad Nawab Khan. Buku yang akan dijual pada harga RM200 itu memuatkan pelbagai kisah suka duka perjalanan pemuzik dan pencipta lagu tersohor itu.\rTurut disampaikan pada malam itu ialah Anugerah Pencapaian Karyawan Filem Tempatan di Peringkat Antarabangsa yang diberikan kepada Allahyarham Yasmin Ahmad yang memenangi Pengarah Terbaik Festival Asia Pasifik ke-54 di Taiwan; Les Copaque Production Sdn Bhd kerana kejayaan menayangkan filem Geng: Pengembaraan Bermula di 50 pawagam di Indonesia pada 2009 dan Singapura, Brunei dan India pada 2010; serta KRU Studios Sdn Bhd di atas usaha menghasilkan filem epik pertama Hikayat Merong Mahawangsa.\rSementara itu media cetak turut diraikan pada malam itu apabila Anugerah Trofi Samad Idris diberikan kepada wartawan akhbar bahasa Melayu dan Inggeris. Bagi akhbar berbahasa Melayu, tempat pertama dimenangi Ratinawati Rasidi dari Berita Harian untuk artikel Usah Hukum Filem, Drama Punca Gejala Sosial. Ratina membawa pulang hadiah wang tunai RM3,000 berserta trofi dan sijil. Tempat kedua menjadi milik Siti Ruqaiyah Hashim (Utusan Malaysia) yang menerima RM2,000 menerusi artikel Khazanah Bernama P Ramlee, manakala Ku Seman Ku Hussain di tempat ketiga, membawa pulang RM1,000 hasil artikel berjudul Filem Tidak Manfaatkan Sastera. \rBerita Harian turut membawa pulang Piala Pusingan Trofi Samad Idris, manakala Malay Mail pula membawa pulang trofi berkenaan bagi akhbar bahasa Inggeris.\rEnds.
[Posting Asal] [Kembali ke Berita Rakyat] [Pump!]
|
|