CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 227|Reply: 0

Jadi Bualan

[Copy link]
Post time 22-6-2011 01:07 PM | Show all posts |Read mode
1. Sisi mulia Aznil \rNAMA Aznil Nawawi jadi sebutan minggu lalu apabila tindakan pantas pengacara popular menerusi program Akademi Fantasia, Tom Tom Bak dan Macam Macam Aznil itu menyelamatkan nyawa seorang pendengar radio yang mahu membunuh diri, malah menyelesaikan masalah pinjaman lelaki terbabit yang diburu along sejak lapan bulan lalu. Sisi hati murni dan mulia  Aznil terserlah apabila dia memberikan wang RM1,000 kepada mangsa untuk melunaskan hutang itu demi menyelamatkan nyawa lelaki terbabit.\r\n\n\n\n\r  Aznil yang mesra disapa Pak turut Nil terpilih menyertai perbincangan meja bulat 1Malaysia. Perbincangan secara online itu diilhamkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak bagi membolehkan rakyat mengemukakan komen, cadangan atau idea saksama serta membina, khususnya pemikiran, input baru dan segar. \r\r\n\n\n\n\nSelain Pak Nil, artis lain yang terpilih ialah Lisa Surihani, Amy Search, Pete Teo dan Low Ngai Yuen. Ia bukan saja membabitkan rakyat, malah tokoh amat dihormati dan disanjung tinggi atau pakar dalam bidang masing-masing (SMEX) dari pelbagai latar belakang, termasuk yang berpangkalan di luar negara, akan bertindak sebagai perantara.\r2. RM1.5 juta hari pertama\rFILEM terbaru arahan Syamsul Yusof, KL Gangster, mencipta rekod baru malah lebih mengejutkan ialah kutipan hari pertama tayangannya mampu mencecah RM1.5 juta. Filem itu yang ditayangkan menerusi 92 pawagam mencipta rekod baru kutipan hari pertama, iaitu tidak pernah berlaku ke atas mana-mana filem terbitan tempatan mahupun import sebelum ini. KL Gangster arahan  Pengarah Terbaik, Festival Filem Malaysia Ke-24 mencapai kutipan RM6.2 juta apabila memasuki empat hari tayangan dan dijangka mampu meraih kutipan sekitar RM10 juta. \rDalam kerancakan filem itu mula ditayangkan, muncul Pertubukan Kebajikan dan Dakwah Islam Malaysia (PEKIDA) yang mahu penerbit filem itu serta produser, David Teo menerusi filem Kongsi memohon maaf kononnya sudah mendedahkan kod rahsia pertubuhan itu dalam filem berkenaan. PEKIDA mendakwa dua filem itu menggunakan empat perkataan utama yang menjadi gelaran sinonim pertubuhan itu iaitu ayahanda, abang long, kak long dan abang kawasa sekali gus menggambarkan PEKIDA seolah-olah kumpulan gangster.\r\n\n\n\n\r3. Penyampai radio, selebriti jadi rebutan \rKECOH juga apabila dilihat stesen radio Hot FM dan ERA FM masing-masing dikatakan ‘berebut’ penyampai radio. Penyampai radio Hot FM, Fara Fauzana contohnya mula menarik minat stesen radio ERA FM (tempat lamanya bekerja)  selepas seminggu meninggalkan program  Melodi di TV3. Bagaimanapun Penyampai Radio Wanita Popular, Anugerah Bintang Popular Berita Harian itu sudah pun menetapkan pendiriannya untuk tidak berpindah ke Astro. Fara dikatakan menolak tawaran terbabit kerana ia bukan saja membabitkan hak eksklusif untuknya bergelar pengacara program stesen TV berbayar itu sebaliknya sebagai penyampai radio juga. Sekalipun dikatakan mendapat tawaran yang cukup lumayan, Fara dikatakan masih setia dengan Hot FM.\rBagaimanapun Fara  masih ditawarkan peluang untuk muncul dalam beberapa program pada musim Aidilfitri nanti bersama Astro. \rSelain Fara, teman akrabnya, Nana atau Nurul Hana Che Mahazan yang sudah pun meninggalkan stesen radio XFM juga dikatakan sudah diintai untuk menyertai Hot FM.  Begitu juga pelakon Usop Wilcha yang cukup terkenal menerusi filem Hantu Kak Limah Balik Rumah arahan Mamat Khalid itu juga sudah disunting Hot FM untuk bergandingan dengan Fara, AG dan Faizal Ismail menerusi Hot FM AM Krew.

[Posting Asal]                [Kembali ke Berita Rakyat]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-2-2025 07:20 AM GMT+8 , Processed in 0.040632 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list