CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 161|Reply: 0

RM27j untuk wanita

[Copy link]
Post time 22-6-2011 01:07 PM | Show all posts |Read mode
SME Corp komited pertingkat usahawan hawa\rSME Corp Malaysia memperuntukkan sekurang-kurangnya 10 peratus daripada dana pembiayaan sebanyak RM269 juta yang disediakannya untuk program pembangunan usahawan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) dalam tempoh dua tahun ini kepada usahawan wanita bagi membantu mereka memperluas serta meningkatkan keupayaan perniagaan masing-masing.\r\n\n\n\n\r  Ketua Eksekutifnya, Datuk Hafsah Hashim (kanan), berkata pihaknya komited meningkatkan penyertaan wanita dalam perniagaan dan keusahawan menerusi 20 program pembangunan yang dikhaskan untuk mereka tahun ini.\r\r\n\n\n\n\n  Bagaimanapun, katanya, setakat ini kurang satu peratus daripada dana itu diagihkan kepada usahawan wanita, dan kelayakan bagi mendapatkan pembiayaan adalah berdasarkan keupayaan dan pembabitan mereka menerusi program anjuran SME Corp.\r“Kami telah menghentikan pemberian geran sejak 2010, dan kini program pembiayaan kami lebih menumpukan kepada mereka yang menyertai program pembangunan SME Corp. Kemudian kami akan menilai keperluan pembiayaan mereka,” katanya pada sidang media selepas merasmikan Forum Usahawan Wanita 2011 anjuran Alliance Bank Malaysia Bhd di Kuala Lumpur, semalam.\rHadir sama, Ketua Perbankan SME Alliance, Steve Miller dan Pengerusi Penganjur yang juga Perunding Prinsipal Money Compass, Amy Seok. \rBeliau berkata, lebih 12,000 usahawan wanita telah menyertai pelbagai program yang dianjurkan SME Corp yang membantu golongan berkenaan dalam meningkatkan kemahiran dan keupayaan menguruskan perniagaan. \r\n\n\n\n\rDi Malaysia, katanya daripada 552,804 syarikat PKS, bancian 2005 menunjukkan, 16 peratus atau 82,920 syarikat adalah dimiliki wanita.\rDaripada jumlah itu, hampir 90 peratus membabitkan usahawan wanita dalam sektor perkhidmatan, diikuti 7.5 peratus dalam sektor pengilangan serta tiga peratus dalam pertanian. \r“Bagaimanapun, berdasarkan bancian baru, kami menjangkakan peratusan syarikat yang dimiliki oleh usahawan wanita telah meningkat kepada 26 peratus susulan peningkatan komitmen, disiplin dan fokus mereka dalam bidang perniagaan,” katanya.\rDalam pada itu, Hafsah berkata, SME Corp menyasarkan untuk memberikan hak menggunakan logo jenama Malaysia kepada 30 syarikat PKS daripada pelbagai sektor dan industri menjelang akhir tahun ini. \rKatanya, setakat Jun ini, sebanyak 59 permohonan telah diterima bagi menyertai skim berkenaan.

[Posting Asal]                [Kembali ke Berita Rakyat]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-2-2025 08:58 PM GMT+8 , Processed in 0.096168 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list