|
Peningkatan kebimbangan Greece gagal bayar hutang punca harga jatuh\rPERANGKAAN ekonomi Amerika Syarikat (AS) yang positif gagal memberi rangsangan kepada pasaran saham Asia semalam berikutan meningkatnya kebimbangan Greece gagal membayar hutangnya.\r\n\n\n\n\r Harga minyak berlegar di bawah AS$95 satu tong, manakala dolar AS mengukuh berbanding euro di tengah-tengah kesulitan hutang dihadapi Greece.\r\r\n\n\n\n\n Mata wang AS itu bagaimanapun susut berbanding yen.\rIndeks Nikkei Jepun ditutup 0.6 peratus lebih rendah pada 9,357.25 apabila saham berkaitan eksport termasuk kenderaan dan barangan elektronik susut berikutan pengukuhan nilai yen.\rPanasonic Corp susut satu peratus, manakala Sharp Corp jatuh 1.1 peratus dan Honda Motors Corp kerugian 1.4 peratus.\rIndeks Hang Seng di Hong Kong susut 0.4 peratus kepada 21,876.32 manakala indeks Kospi Korea Selatan menjunam 1.7 peratus dengan saham syarikat teknologi tinggi menerajui kejatuhan itu.\r\n\n\n\n\rSamsung Electronics, pengeluar televisyen skrin rata, cip memori dan paparan kristal cecair terbesar dunia, susut lima peratus manakala peneraju cip memori komputer, Hynix Semiconductor rugi 7.6 peratus.\rIndeks penanda aras di Singapura, Taiwan dan Indonesia juga ditutup lebih rendah, manakala di China dan Thailand meningkat.\rSecara keseluruhan, penurunan pasaran kebanyakan disebabkan kebimbangan hutang Greece, yang mungkin menyebabkan kos pinjaman meningkat di tempat lain, sekali gus menyebabkan krisis di negara lain yang berhutang serta menjejaskan bank Eropah yang banyak memegang bon negara itu.\rSelain itu, wujud kebimbangan terhadap pertumbuhan perlahan di AS, boleh memberi kesan serius kepada ekonomi bergantung eksport di Asia.\r“Dari segi memacu pasaran, paling jelas dua daripadanya adalah apa yang sedang berlaku di Greece dan kebimbangan mengenai pertumbuhan di AS,” kata Ben Potter, penganalisis kaji selidik IG Markets di Melbourne.\rDi Wall Street kelmarin, laporan lebih baik daripada jangkaan ke atas angka pembinaan rumah dan pekerjaan melonjakkan dua hingga tiga indeks saham utama.\rPerkembangan pembinaan rumah baru yang pantas bulan lalu serta bilangan permohonan manfaat pengangguran yang semakin berkurang kepada 414,000 minggu lalu, adalah perkembangan baik daripada jangkaan ahli ekonomi.\rPermohonan bagi manfaat pengangguran masih berada sekitar 400,000 sejak April, satu kadar yang memberi bayangan pertumbuhan angka pekerjaan masih perlahan.\rTidak semua berita ekonomi adalah positif. Satu kaji selidik yang dijalankan Federal Reserve Bank of Philadelphia, mendapati angka pengeluaran yang perlahan di wilayah itu, sehari selepas aporan serupa mendapati angka pengeluaran turut perlahan di kawasan New York. – AP
[Posting Asal] [Kembali ke Berita Rakyat] [Pump!]
|
|