CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 145|Reply: 0

Bank perlu teroka pasaran luar

[Copy link]
Post time 22-6-2011 01:07 PM | Show all posts |Read mode
BANK tempatan perlu meninjau peluang untuk meluaskan operasi ke beberapa negara sedang membangun di Afrika yang berpotensi menjadi sumber untuk pertumbuhan masa depan mereka, di samping menyediakan kemudahan kepada syarikat Malaysia untuk meneroka pasaran di benua berkenaan.\rGabenor Bank Negara Malaysia, Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz, berkata bank tempatan perlu mewujudkan hubungan dengan pasaran di seluruh dunia bagi merebut peluang yang terdapat di kawasan pertumbuhan berkenaan.\r\n\n\n\n\r“Kini terdapat bank tempatan yang membuka operasi masing-masing di rantau Asia dan mereka mencatat prestasi sangat baik. Kebanyakan bank tempatan juga mempunyai operasi di kebanyakan negara pasaran sedang muncul Asia.\r\r\n\n\n\n\n“Kami (Bank Negara) menggesa bank tempatan membentuk hubungan yang lebih besar dengan pasaran sedang muncul ini termasuk di rantau Asia Barat, Asia Selatan seperti India, Afrika dan kemudiannya ke Amerika Latin,” katanya selepas menyampaikan pembentangan dialog bertajuk ‘Pembiayaan Inovatif Untuk Transformasi’ pada Dialog Antarabangsa Langkawi (LID 2011) di Putrajaya, semalam.\rSementara itu, Zeti berkata inisiatif kewangan inklusif yang diperkenalkan semasa dialog terdahulu pada 2007 sudah membuahkan hasil apabila Malaysia kini disenaraikan Bank Dunia di kedudukan pertama di kalangan 100 negara dunia yang mempunyai akses kepada pembiayaan.\r“Kita kini diletakkan di kedudukan pertama dari segi akses kepada pembiayaan dan ia adalah satu perkembangan yang ketara.  \r“Kini dapat dilihat di semua bandar utama negara mempunyai bank dan perkembangan ini menunjukkan bahawa terdapat dana yang mencukupi dalam sistem kewangan rasmi negara,” katanya.\r\n\n\n\n\rSemasa dialog pada 2007, Zeti menyentuh mengenai kewangan inklusif yang menarik perhatian beberapa negara Afrika untuk menceburi aspek kewangan secara menyeluruh ke arah pembangunan ekonomi sesebuah negara.

[Posting Asal]                [Kembali ke Berita Rakyat]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-2-2025 09:21 PM GMT+8 , Processed in 0.638067 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list