CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 174|Reply: 0

CIMB masih runding ambil alih RHB Capital

[Copy link]
Post time 22-6-2011 01:07 PM | Show all posts |Read mode
CIMB Group Holdings Bhd menafikan kumpulan perbankan itu bersikap dingin dalam perebutan untuk mengambil alih RHB Capital Bhd, sebaliknya berkata ia masih berunding dengan syarikat induk RHB Bank Bhd itu untuk mengenal pasti potensi penggabungan dan tawaran  sesuai.\rKetua Eksekutifnya, Datuk Seri Nazir Razak berkata, berikutan cadangan itu adalah bagi penggabungan, pihaknya perlu mencari formula yang tepat bagi memastikan tawaran yang dikemukakan kepada RHB Capital nanti bakal menepati kehendak mereka.\r\n\n\n\n\r  “CIMB Group sememangnya berminat dengan RHB kalau tidak takkan kami ke depan. Tetapi ini adalah penggabungan, justeru adalah penting bagi kami memahami apa yang diperlukan RHB juga. Sebab itu kami senyap.\r\r\n\n\n\n\n  “Kami bukan mahu membeli RHB, tetapi kami mahu bergabung dengan RHB. Sama seperti perkahwinan, ia memerlukan persetujuan kedua belah pihak bukannya hanya keputusan satu pihak saja. Kami sekarang sedang berunding dengan pihak RHB dan jika ia penggabungan yang bagus maka kami akan meneruskannya,” katanya ketika ditemui selepas Majlis Penyerahan Anugerah Yayasan EUM 2011 di Lembah Beringan, kelmarin.\rBaru-baru ini OSK Research dalam nota penyelidikannya menyatakan, CIMB Group tidak menunjukkan minat dan kurang inisiatif untuk bersaing merebut RHB Capital berbanding Malayan Banking Bhd (Maybank) yang hampir selesai memuktamadkan perincian aspek teknikal tawaran untuk dikemukakan kepada RHB Capital akhir bulan ini.\rMengenai bila CIMB akan membentangkan tawarannya kepada RHB Capital, Nazir berkata, perbincangan berlangsung mengikut jadual yang ditetapkan.\r“Setakat ini masih belum ada tawaran yang dimuktamadkan kerana kami sedang berbincang, maka belum sampai masa untuk kami umumkan,” katanya.

[Posting Asal]                [Kembali ke Berita Rakyat]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-2-2025 08:32 PM GMT+8 , Processed in 0.680617 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list