CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 191|Reply: 0

Arab City Melaka dibuka Mac

[Copy link]
Post time 6-7-2011 09:05 AM | Show all posts |Read mode
Projek RM75j destinasi baru tumpuan pelancong terutama dari  Asia Barat\rGOLDEN Corporate Heritage Sdn Bhd (GCH), menjangkakan projek komersial Arab City Melaka bernilai RM75 juta yang bakal menjadi destinasi baru tumpuan pelancong khususnya dari Asia Barat, akan dilancarkan Januari tahun depan.\r\n\n\n\n\r  Arab City Melaka dibangunkan di kawasan seluas 3.6 hektar di Pulau Melaka yang merangkumi 123 ruang niaga selain restoran makan Arab, taman tema, muzium warisan Mesir dan pusat spa. Setakat ini, hampir 68 peratus daripadanya telah dibangunkan.\r\r\n\n\n\n\n  Pengarahnya, Dr Salim N Al Gudhea, berkata Arab City Melaka dijangka menyediakan prospek perniagaan yang baik kepada syarikat, terutama dalam meraih pulangan pelaburan untuk tempoh jangka panjang.   \r“Projek Arab City Melaka adalah langkah penerokaan awal kami di negeri warisan ini, dan kami masih menumpukan peluang mengembangkan perniagaan kami di Melaka dengan melihat kunjungan pelancongannya yang tinggi.    \r“Ini adalah peluang pertumbuhan perniagaan yang baik kepada, khususnya dalam pengurusan hartanah komersial yang menjadi antara teras perniagaan kami,” katanya pada sidang media selepas pemeteraian perjanjian antara GCH dan Banalec Holdings Bhd, menerusi anak syarikatnya Banalec Sdn Bhd di Kuala Lumpur, semalam.\rSalim berkata, majlis prapelancaran Arab City Melaka akan dibuat pada Januari tahun depan, dan ia dijangka dibuka kepada orang ramai pada Mac 2012.\r\n\n\n\n\rPada majlis itu, GCH diwakili Pengarah Urusannya, Sayed Al Mansour manakala Banalec oleh Pengarah Eksekutifnya, Leaw Ah Chye.\rMenerusi perjanjian itu, penyedia penyelesaian pembinaan marin bersepadu, Banalec akan memajukan tanah tambak seluas 1.6 hektar di Arab City Melaka sebagai taman tema dan lagun yang akan dikenali sebagai Arabian Oasis. Projek berkenaan akan disiapkan dalam tempoh 16 minggu.     Arabian Oasis, katanya direka bagi pelbagai aktiviti menarik seperti pertunjukan kebudayaan, renang, jeti, aktiviti memancing dan sukan air.    GCH adalah syarikat usaha sama antara Dubai, Arab Saudi dan rakan usaha sama Malaysia.\rIa turut mempunyai pejabat cawangan di Dubai, Arab Saudi dan Mesir dengan bergiat dalam sektor hartanah, dagangan serta perniagaan minyak dan gas. \rSelain Pulau Melaka, GCH bersama kerajaan negeri Melaka menerusi Chief Minister Inc (CMI) turut merancang membangunkan projek Arab City di Klebang dan Kampung Jawa.

[Posting Asal]                [Kembali ke Berita Rakyat]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-2-2025 08:56 PM GMT+8 , Processed in 0.085997 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list