CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3081|Reply: 10

CT & Yuna akn sumbang suara tuk Filem Shuhaimi Baba

[Copy link]
Post time 11-7-2011 04:39 PM | Show all posts |Read mode
aku baca dlm berita harian
kedua-dua penyanyi popular ABPBH 1996-2009 & 2010 akn menyumbang lagu tuk filem terbaru karya shuhaimi baba - Tanda Putera Negara

klu sesapa ade artikel tepeklar yek..

selalu ct dpt lagu best klu nyanyikan tuk ost di bwh produksi Shuhaimi Baba mcm lagu Hati

p/s: penulis berpendapat lagu Astana Jiwa tidak menusuk jiwa...:cry:
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-7-2011 04:59 PM | Show all posts
SELEPAS kejayaan filem 1957: Hati Malaya, pengarah berpengalaman, Datin Paduka Shuhaimi Baba atau Shumi kembali mempertaruhkan filem genre sejarah keduanya, Tanda Putera Negara.

Filem membabitkan projek usaha sama antara Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (Finas), Pesona Pictures Sdn Bhd serta Perbadanan Pembangunan Multimedia (MDEC) berkisar kepada tokoh pemimpin negara.
Shumi yang pernah memenangi anugerah Pengarah Terbaik di Festival Filem Malaysia (FFM) sebanyak tiga kali menerusi Waris Jari Hantu (FFM20), Pontianak Harum Sundal Malam 2 (FFM19) dan Layar Lara (FFM 1997), kini sibuk menyiapkan penggambaran filem sejarah yang dianggarkan mencecah kos lebih RM4 juta.

Ketika ditemui di lokasi peng–gambaran di KRU Studios, Cyberjaya, Shumi memaklumkan menghadapi tugas berat dalam menghasilkan naskhah berkenaan bukan hanya faktor sejarah mengenai kehidupan Perdana Menteri Kedua Negara, malah latar persekitaran penggambaran sekitar tahun 60-an hingga 80-an turut diberi penekanan.


“Ini kali pertama kami melakukan penggambaran di KRU Studios. Memang ruangnya cukup sesuai untuk penggambaran babak membabitkan keadaan sekitar Jalan Petaling serta rumah kedai di Pulau Pinang pada waktu itu. Ruang studio ini cukup sesuai untuk menempatkan set bangunan yang lebih besar sebagai latar cerita dalam penggambaran ini.

“Sebelum ini, kami menjalani penggambaran di Studio Finas, Hulu Klang membabitkan set yang kecil. Memang kami memerlukan set yang tidak diganggu dari segi cuaca dan persekitaran. Apatah lagi membabitkan babak rusuhan. Penggambaran ini turut dibantu kesan khas yang lebih menampakkan keadaan sebenar yang berlaku pada ketika itu,” katanya.

Kata Shumi, filem ini turut mendapat konsultan visual khas daripada pakar antarabangsa. Katanya, masih banyak perkara yang perlu dilakukan bukan hanya membabitkan penggambaran, malah ada ketika beberapa babak terpaksa dilakukan dengan imej penjanaan komputer (CGI). Untuk tujuan itu, dia akan dibantu sekurang-kurangnya 15 pakar kesan khas.

“Penggambaran filem ini memang cukup mencabar selain mengambil tempoh yang panjang untuk tenaga kreatif menampakkan latar suasana seperti tahun berkenaan. Kebanyakan penggambaran berlangsung di dalam studio kecuali 20 peratus penggambaran di luar yang membabitkan antara peristiwa penting di London.
“Bagi penggambaran ini, saya menggunakan tiga kamera supaya ia dapat memudahkan kerja dan menjimatkan masa. Ini juga disebabkan penggambaran banyak menggunakan kesan khas,” katanya.

Tanda Putera Negara mengisahkan kehidupan dua sahabat, Allahyarham Tun Abdul Razak dan Allahyarham Tun Dr Ismail yang memegang jawatan terpenting negara. Mereka bersumpah untuk mempertahankan kedaulatan negara sekalipun terpaksa mengorbankan nyawa sendiri.

Mencorakkan ‘warna kehidupan’ rakyat terutama di pinggir bandar dan desa, golongan muda di institusi pengajian tinggi turut menjadi perhatian. Bagi mereka, nasionalisme bukan sekadar cogan kata yang dilaungkan tetapi wajib dipenuhi dengan tindakan.

Justeru, mereka berpegang teguh kepada janji ‘mendahulukan negara dalam apa jua keadaan’. Tindakan pantas mereka berjaya memulihkan negara daripada kesan konflik perkauman 13 Mei 1969 dan membawa kepada keharmonian dan kestabilan negara.

Filem ini menampilkan lakonan Rusdi Ramli, Zizan Nin, Kavita Sidhu, Faezah Elai, Zoey, Allen dan ramai lagi. Filem ini dijangka ditayangkan di pawagam pertengahan tahun depan.
Reply

Use magic Report

Post time 11-7-2011 05:01 PM | Show all posts
tak jumpa lagi artikel kat net yang CT akan nyanyi OST utk filem nie ..
esok2 kot keluar
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-7-2011 08:36 PM | Show all posts
Reply 3# cinta_ungu

esoklah kot...dlm artikel tak citer sgt psl ost tu
cuma gosip kak normah jah
Reply

Use magic Report

Post time 11-7-2011 08:39 PM | Show all posts
Reply  cinta_ungu

esoklah kot...dlm artikel tak citer sgt psl ost tu
cuma gosip kak normah jah
dauswq Post at 11/7/2011 20:36


gossip je....daussss...sejak cuti ni dah join geng acik normah tu yekk....

tapi memang kalo cite2 patriotik gini sesuai laa ngan CT..hopefully lagu bestt...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-7-2011 08:48 PM | Show all posts
Reply 5# cinta_ungu

arap best cam Tetap Di Sini & Hati
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 11-7-2011 08:58 PM | Show all posts
CT ft YUNA..
nice compilation tu
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-7-2011 08:59 PM | Show all posts
Reply 7# Encik_Hubby

rase bukan feat...lagu asing2 kot
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-7-2011 09:46 PM | Show all posts
Reply  Encik_Hubby

rase bukan feat...lagu asing2 kot
dauswq Post at 11-7-2011 20:59


Oh yeke
Reply

Use magic Report

Post time 23-7-2011 03:02 PM | Show all posts
kalau feat. pun memang best!!!! I LIKE both of them!
Reply

Use magic Report

Post time 12-8-2011 12:15 PM | Show all posts
hati malaya tayang ms bln merdeka dulu, patriotik sungguh pas tgk hati malaya
pengarah yg best

tak sabar tgu duet ctyuna ni
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-2-2025 01:41 AM GMT+8 , Processed in 0.073223 second(s), 23 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list